Berapa Pendapatan YouTube Ustaz Ebit Lew?
Dua tiga hari lepas, kecoh seketika apabila Ustaz Abu Syafiq mencuri perhatian ramai apabila dikatakan memuat naik status mengecam tindakan sesetengah pihak dalam usaha melakukan kerja amal iaitu menderma.
Ramai yang berkata status ini ditujukan kepada Ustaz Ebit, tapi sejauh mana kesahihannya masih belum pasti kerana tiada kenyataan rasmi daripada Ustaz Abu. Ramai yang membuat kesimpulan begitu kerana status itu ditulis setelah Ustaz Ebit memuat naik gambar selepas memberi sumbangan kepada suatu keluarga di utara semenanjung.
Kami geleng kepala. Jika ada sungguh insan yang tidak bersetuju dengan kerja amal Ustaz Ebit Lew, sampai kiamat kami tidak akan faham sebabnya.
Dalam dunia ini cuma ada 2 pilihan sahaja, baik ataupun jahat. Apa pun perdebatan pasal ni semuanya kembali baik atau jahat je…
Jadi jangan sesekali anda pertikaikan dengan kereta mewah dia . Amal sedekah beliau yang tiada sempadan, ukur dengan diri sendiri terlebih dahulu. Memang dia layak dengan kereta mewah dia sebab itu memang rezeki dia.
Kenapa perlu ada yang mempertikaikan perkara itu. Rezeki milik Allah.
Pendapatan YouTube Ustaz Ebit Lew
Kami kongsikan di sini rekod anggaran pendapatan Ustaz Ebit melalui YouTube. Perhatian! anggaran sahaja. Jumlah sebenar mungkin lebih atau kurang.
Dibayar dalam matawang USD . Jom kita belajar mengira. USD692.9K X 4.3 . Bukan jumlah yang kecil untuk pendapatan tahunan.
RM2,979,470 Setahun.
Ini belum termasuk bisnes-bisnes lain yang diusahakan oleh Ustaz Lew. Antaranya:
3 buah Cafe, butik, kedai buku, syarikat konsultansi/ceramah motivasi, kedai buku dan lain-lain.
Kuncinya sedekahlah kalau ingin kaya di dunia dan di akhirat. Itu janji Allah.