pemimpin korea utama

Kim Jong Un Sakit Tenat? Geli Hati Baca Komen Netizen Seluruh Dunia.

Pemimpin No.1 Korea Utama dilaporkan sakit tenat selepas tidak menghadiri satu upacara sambutan penting di negara itu. Spekulasi ini timbul apabila Jong Un tidak hadir dalam upacara sambutan memperingati hari lahir pengasasnya iaitu datuk beliau, Kim II-Sung, pada 15 April, yang juga tarikh terpenting dalam kalendar politik tahunannya.

Jong-un membuat penampilan kali terakhir di media rasmi Korea Utara pada 11 April.

Image Korean Central News Agency/Korea News Service via AP

Laman web khusus yang dikendalikan oleh warga Korea Utara yang berpaling tadah, The Daily NK pada Selasa melaporkan bahawa Jong-un kini dalam proses pemulihan di sebuah vila di resort Mount Kumgang susulan menjalani pembedahan pada 12 April lalu.

“Merokok berlebihan, kegemukan, dan keletihan adalah punca langsung rawatan kardiovaskular beliau,” demikian laporan yang memetik sumber tidak dikenali di negara itu.

Namun, tiada sebarang pengesahan mengenainya setakat ini.

Sedia maklum, ini bukan kali pertaman timbulnya desas-desus mengenai kesihatannya yang mencetuskan spekulasi dan kemudiannya diberhentikan.

Buat masa sekarang, Kerajaan atau pemimpin Korea Utama masih belum mengeluarkan sebarang komen dan ulasan tentang status kesihatan diri pemimpin No.1 Kore Utara itu.

Komen Netizen

One Reply to “Kim Jong Un Sakit Tenat? Geli Hati Baca Komen Netizen Seluruh Dunia.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge