Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Biodata Dr Noor Hisham Abdullah

Alhamdulillah, hasil kerjasama semua, Malaysia berterusan merekodkan penurunan kes positif Covid19 .

“Apa yang penting ialah kita masih dalam perjuangan untuk memutuskan penularan wabak Covid19,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di kementeriannya pada sesi ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan.

Dr Noor Hisham yang digelar sebagai manusia paling popular di Malaysia ketika ini. Setiap hari, rakyat tertungg-tunggu beliau muncul di kaca TV untuk pengumuman status terkini penularan wabak Covid19 di Malaysia.

Sejak lebih empat minggu lalu, wajah figura ini hampir saban hari menghiasi kaca televisyen, muka depan dada akhbar, malah meniti di bibir rakyat Malaysia.

Pada yang masih mengenali beliau, kami kongsikan serba ringkas biodata Dr Noor Hisham Abdullah selaku frontline atau hero Malaysia hari in.

biodata Dr Noor Hisham
via: Sinar Harian

Biodata Dr Noor Hisham Abdullah – Ketua Pengarah Kesihatan

NAMA PENUH: Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
TARIKH LAHIR: 21 April 1963
UMUR: 57 tahun
ASAL: Sepang,Selangor
TWITTER: DGHisham

FACEBOOK: DGHisham

Datuk Dr Noor Hisham ini ialah anak angkat kepada al-Marhum Ustaz Nik Mahyuddin dan juga menantunya.

Arwah Ustaz Nik Mahyuddin ini merupakan mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Pengasas SMKA dan pernah menjadi Pengetua Kolej Islam Kelang (KIK) atau KISAS.

Dr. Noor Hisham berkahwin dengan anak bongsu Ustaz Nik Mahyuddin, Nik Wahidah, adik kepada Mantan Pengarah IPG KPI, Ustazah Nik Samihah.

Ustaz ini ambil Dr. Noor Hisham dari keluarga miskin Cina dari Flat San Peng, Jalan Loke Yew masa dia form one kemudian dimasukkan ke Kolej Islam Klang (KIK) atau sekarang dikenali nama Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) masa Form 4.

KIK Class of 80 (ALKIS 80) dan masuk matric UKM kat SAS Cheras. First Degree dan Master dari UKM.

Medical Doctor M.D (UKM) – 1988
Master of Surgery M.S (UKM) – 1994
Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997
Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998
Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) – 2004
Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008

ANUGERAH

Bil.Tarikh PenganugerahanDarjah
1.5 April 2014Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
2.26 Ogos 2013Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.)
3.17 Mei 2013Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)
4.17 Mei 2010Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
5.2 Jun 2007Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
6.5 Jun 2004Kesatria Mangku Negara (K.M.N)

ANUGERAH LAIN

1.Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL 
2.Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL 

Hari ini, ramai yang mula membuka mata dan memuji kecekalan beliau, siang malam bersama barisan hadapannya.

Walaupun dihambat penat, namun wajahnya tetap serius dan tenang. Setiap butir bicaranya tersusun, tanpa tinggi suara dan tanpa putus asa.

Ketika diberi kata-kata sanjungan sebagai wira negara, dalam kerendahan hati Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui:

“Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita boleh lakukan bersama-sama untuk memerangi Covid-19.”

Kita mesti menang. #kitajagakita

Sumber: Sinar Harian / moh.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge