
Cara Mudah Minta Refund Tiket Penerbangan AirAsia Yang Terjejas Akibat Covid19.
Baru-baru ingin CEO AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes mengutuskan ‘kiriman’ kepada semua pelanggan setia AirAsia, memohon agar pelanggan AirAsia yang terkesan dengan pembatalan penerbangan akibat wabak pandemik Covid19 tidak minta refund tiket, sebaliknya menunda penerbangan mereka ke satu tarikh lain.
AirAsia Group merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terjejas teruk akibat wabak pandemik yang menular ke seluruh dunia.
Jadi, pelanggan mempunyai 2 pilihan; menunda tarikh tiket penerbangan ke satu tarikh lain atau memohon tuntutan terus (REFUND) ke akaun bank atau BigPay.
Sedia maklum, penularan wabak Covid19 ini masih menemui jalan buntu. Kami pasti, ramai yang menuntut pulangan terus kepada mereka.
Bagi pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan wang mereka kembali, mudah sahaja cara untuk minta refund. Harus diingat, tuntutan ini hanya melibatkan penerbangan sehingga 31 Mac 2020 sahaja.

Cara Minta Refund Tiket AirAsia Akibat Covid19
- Semak laman sesawang AirAsia di sini dan pilih “chat with AVA”.
- Pilih Refund > Airasia New Refund Request > Flight Cancelation Refund > Pilih Yes.
- Isikan semua maklumat yang diminta seperti nombor booking, nama keluarga, nama pelanggan, tarikh lahir dan emel yang digunakan semasa tempah tiket.
- Taip “N” jika batalkan salah satu penerbangan dan taip “Y” jika batalkan semua penerbangan (nombor tempahan itu sahaja).
- Pilih nama pelanggan yang nak “refund’ tiket (jika semua pelanggan, masukkan semua ikut format yang diminta).
- Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut.
- Pilih “refund” pilihan anda sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.
- Akhir sekali, anda akan menerima Number Case oleh AVA. Email anda juga akan menerima Number Case.
Cara minta refund tiket AirAsia tidaklah sesukar yang disangka. Namun, untuk berjaya ‘chat with AVA’ memakan masa yang lama. Jika anda bernasib baik, panggilan anda akan diterima seawal minit pertama. Jadi, seawal panggilan dibuat, mohon bersabar dan bertolak-ansur dengan krew yang bertugas.
Semoga urusan anda menuntut REFUND TIKET ASIA dipermudahkan oleh-Nya!