cara solat tarawih di rumah

Cara Solat Tarawih Di Rumah Semasa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berkuatkuasa sehingga 28 April 2020 ini. Ini bermakna, umat Islam akan melalui awal bulan Ramadhan (tahun 2020) tanpa solat terawih di masjid. Kali ini, kami ingin kongsikan tentang cara solat tarawih di rumah. Di rumah??

Ya, benar. Kerana Covid19, masjid masih ditutup dan larangan berkumpul dan solat berjemaah masih dikuatkuasa. Jangan risau. Perintah ini tidak bermakna anda tidak boleh melakukan solat terawih di rumah.

Anda masih boleh menunaikan solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah. Ajaklah isteri dan anak-anak untuk solat sunat tarawih bersama-sama. Lebih ramai, lebih meriah.

cara solat berjemaah
Kedudukan Ahli Sewaktu Solat Berjemaah.

Bila Waktu Solat Tarawih?

Solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh.

Cara Solat Tarawih.

Berikut adalah cara solat tarawih di rumah sepanang tempoh PKP seperti yang disarankan oleh JAKIM. Solat tarawih boleh ditunaikan secara bersendiri atau berjemaah bersama ahli keluarga lain.

1# Niat Solat Tarawih

Niat solat tarawih secara sendirian

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Niat solat terawih secara berjemaah (Niat menjadi Imam atau Makmun).

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.” 

Kredit Photo: JAKIM

Solat Tarawih 8 Rakaat atau 20 Rakaat?

Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga hadis yang me riwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak dua puluh rakaat.

Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA, beliau melaksanakannya sebanyak dua puluh rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.

Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Rukun Solat Sunat Tarawih

Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain.

Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.

Bacaan Sebelum Memulakan Solat Sunat Tarawih:

Solat Sunat Tarawih

i. Memulakan solat sunat Tarawih dua rakaat (rakaat pertama dan kedua) dan setelah selesai:

ii. Menyambung solat sunat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketiga dan keempat) dan setelah selesai:

Imam membaca doa:

iman membaca doa selepas solat terawih

iii. Menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat kelima dan keenam) sehingga selesai.

solat berjemaah
Photo via Sinar Harian.

Pemilihan Surah

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.

Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Cadangan surah ringkas yang boleh dihafal dan dibaca selepas Al-Fatihah:

  1. Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  2. Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  3. Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  4. Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Untuk panduan lebih lengkap tentang Solat Tarawih, kami cadangkan anda untuk membaca panduan di JAKIM (Link).

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang datang setahun sekali. Di dalam terdapat banyak kelebihan yang kita boleh ambil peluang untuk gandakan pahala amalan seharian.

Jadi, sama-samalah kita ambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran, solat tarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di bulan yang mulia ini.

InsyaAllah. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua pembaca Lima Minit.

One Reply to “Cara Solat Tarawih Di Rumah Semasa PKP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge