i-Lestari Online

TERKINI: Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online Dengan Cara Mudah Dan Pantas

Jika sebelum ini ramai ahli KWSP menghadapi kesukaran untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari, kini tidak lagi. Pihak KWSP telah menaik taraf i-Lestari Online yang membolehkan ahli KWSP menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari menggunakan borang yang boleh diakses terus di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my  . Tidak perlu lagi ke pejabat KWSP.

TERKINI: i-Sinar Pengeluaran Maksimum RM10000 Dibenarkan!

Cara permohonan Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun?

Langkah-langkah untuk membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) adalah seperti berikut:

1# Ahli perlu log masuk ke i- Akaun (Ahli)

Layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2# Pilih tab PENGELUARAN (di bahagian atas di sebelah kanan)

3# Pilih e-Pengeluaran (di sebelah kiri, paling atas)

4# Pilih Permohonan Baru dan Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

Selesai! Status permohonan boleh disemak di laman yang sama dengan e-Pengeluaran. Sama ada LULUS atau TIDAK LULUS.

Mungkin ada pencarum yang keliru dengan feature laman web KWSP. Maklumlah, agak banyak feature untuk urusan lain.

Kini, KWSP telah mengambil satu inisiatif untuk mewujudkan laman web khas untuk permohonan pengeluaran i-Lestari.

Cara Guna i-Lestari Online:

1# Layari laman https://ilestari.kwsp.gov.my/

2# Bagi permohonan baharu, sila isi butiran diri dengan betul dan tepat. KWPS amat menitik berat perkara ini. Walaupun satu huruf salah, permohonan anda pasti ditolak.

3# Sila tanda semua kotak yang diperlukan. Tandakan juga di kotak ‘Saya Bukan Robot’ untuk pengesahan dan menjawap reCAPTCHA yang telah disetkan.

4# Kemudian, pilih HANTAR.

cara keluar duit KWSP

Semakan status permohonan boleh dilakukan di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

Anda boleh melakukan Semakan Status pengeluaran i-Lestari di link di atas tanpa perlu ke pejabat KWSP. Memandangkan permohonan i-Lestari terlalu banyak, masa yang diambil mungkin lebih panjang mengikut situasi semasa.

Diharap ahli KWSP yang melakukan proses pengeluaran ini dapat bersabar dan bertenang.

Kelebihan i-Lestari Online kepada Ahli?

  1. Mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian berdasarkan terma-terma yang ditetapkan;
  2. Memohon tanpa perlu mendaftar untuk i-Akaun (Ahli);
  3. Menyemak makluman status pengeluaran secara dalam talian;
  4. Menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari menggunakan pelbagai peranti seperti komputer peribadi, komputer riba, tablet, telefon pintar dan sebagainya; dan
  5. Membuat permohonan secara mudah, cepat dan tepat.

Ahli yang telah memohon melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) dan mendapat pengesahan penerimaan permohonan TIDAK PERLU menghantar permohonan baharu.

Ahli yang telah memohon melalui e-mel atau pos dan belum menerima sebarang maklum balas boleh memilih untuk membuat permohonan semula melalui i-Lestari Online.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ) di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge