khasiat petai

7 Khasiat Petai Untuk Kesihatan Diri

Parkia speciosa dalam bahasa saintifik, atau lebih dikenali sebagai “Petai” adalah sejenis tumbuhan yang boleh menambah selera makan seseorang. Petai boleh dijadikan pelbagai jenis juadah masakan yang sangat sedap. Antaranya, udang masak petai, sambal petai bersama bilis atau boleh dimakan begitu sahaja bersama sambal belacan atau tempoyak.

Ada yang lebih berselera menjamu selera apabila ada juadah petai. Ada yang tidak suka dengan bau petai yang agak kuat.

Tidak ramai yang tahu tentang Khasiat Petai. Petai mengandungi bermacam vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Khasiat Petai

#1 Petai Kaya Dengan Vitamin C

Petai kaya dengan Vitamin C yang tinggi. Kadar kandungan Vitamin C yang tinggi dapat mengurangkan tekanan diri dan dapat menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

#2 Kaya Kalium

Kalium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan baik untuk jantung yang sihat. Zat kalium yang kaya di dalam petai amat penting untuh tubuh dan membantu menjaga cairan dan keseimbangan elektrolit dalam badan.

3# Vitamin A

Vitamin A penting untuk membantu penglihatan, jantung dan penjagaan kulit. Petai yang kaya dengan Vitamin A juga dapat menjaga mata daripada masalah kesihatan berkaitan mata.

4# Kaya Kalsium

Petai juga kaya dengan zat Kalsium. Tubuh memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi.

5# Elak Kemurungan

Tryptophan, sejenis protein yang terkandung di dalam petai akan bertukar kepada serotonin di dalam tubuh yang boleh memberi kesan kepada emosi si pemakan seperti lebih rileks, gembira dan emosi stabil.

6# Kawal Tabiat Rokok

Golongan perokok yang ingin berhenti merokok, boleh cuba mengamalkan pengambilan petai. Vitamin B6 dan B12 yang kaya di dalam petai akan membantu tubuh badan untuk sesuaikan dengan kehidupan baru tanpa rokok akibat nicotine withdrawal.

Selepas membaca khasiat petai, pasti anda terkejut dengan khasiat dan nutrisi yang terdapat dalam sayuran hutan ini. Pada yang tidak pernah ada pengalaman makan petai, ini masa yang terbaik untuk anda mencubanya.

Namun, anda perlu beringat. Pengambilan petai yang berlebihan mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan orang di sekeliling anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge