cari naikkan youtuber

8 Tips Memiliki Saluran YouTube Dengan Views Yang Banyak. Tips Ke-7 Tak Ramai YouTuber Yang Peduli!

Hari ini, memiliki saluran YouTube sendiri menjadi trend yang semakin diminati ramai. Anak remaja, mahu pun yang sudah berusia, memuatnaik video blog di saluran YouTube masing-masing.

Memuatnaik video di YouTube bukan sekadar trend atau hobi biasa-biasa. Sudah ramai YouTuber (pemilik akaun YouTube) yang berjaya buat duit dengan YouTube. Pendapatan yang mereka perolehi pula boleh mencecah sehingga ribuan Ringgit. Kerana sebab ini juga, ramai yang mula berjinak-jinak menghasilkan video konten dan memuatnaik di saluran YouTube dengan harapan boleh menjana pendapatan lumayan.

Namun tidak ramai yang berjaya dan berhenti separuh jalan.

Memiliki saluran YouTube yang memberi pulangan lumayan memang menjadi idaman ramai. Tetapi tidak ramai yang mampu menghasilkan video konten yang menarik dan berjaya menarik perhatian penonton untuk melanggan saluran mereka.

Tips Menjadi YouTuber Yang Berjaya.

1# Rancang Konten Saluran YouTube

Ada yang berminat untuk memiliki saluran YouTube tetapi tiada idea nak buat niche saluran YouTube.

Betul.. Memang ramai yang tepu tak tau nak buat sauran apa. Nak cakap depan kamera tapi malu.

Tengok video mat saleh ini, Crush Car Experiments.

Semua video dia hanya lenyek barang dengan tayar! 

Dia rakam dan lenyek apa sahaja yang dia rasa nak lenyek. Lagu apa pun tak masukkan. Rakam, tak edit dan terus upload di saluran YouTube!

Anda kata tak menarik?

Tengoklah jumlah tontonan video-video di saluran itu. View cecah hingga puluhan juta tontonan! Tak perlu bercakap pun. Rahsia dia? Perhatikan Headlines setiap video yang dimuatnaik itu?

2# Cari Sumber Inspirasi

Untuk mencipta satu konten yang segar, kreatif dan baru memang agak mencabar. Jangan risau, bukan anda sahaja kena hadap masalah ini. Selebriti dan YouTuber popular juga menghadapi masalah yang sama.

Carilah satu sumber inspirasi yang boleh membantu anda berkarya. Contohnya, anda pergi ‘hikinh’ ke puncak bukit. Di puncak, anda mula mendapat idea segar sebaik sahaja menghirup udara segar berlatar-belakangkan pemandangan menarik.

Jangan bandingkan saluran YouTube anda dengan saluran YouTuber lain.

3# Mula Dengan Editing Yang Ringkas

Membina konten YouTube yang menarik tidak semestinya memerlukan tahap kemahiran ‘editing’ yang tinggi. Tidak perlu pun untuk mahir dengan software editing yang pro seperti Final Cut Pro.

Gambar: Shutterstock

Untuk permulaan, boleh sahaja menggunakan software ringkas seperti Apple iMovie atau Windows Movie Maker. Atau boleh menggunakan apps editing percuma seperti Kinemaster.

4# Bina Network Sendiri

YouTube adalah satu platform untuk berkongsi, berhubung dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Untuk berjaya, YouTuber perlu mewujudkan ‘Networking’ atau tim rangkaian masing-masing.

YouTuber juga akan lebih berjaya dengan bersatu di dalam satu komuniti, berkolaborasi sesama pencipta konten dan membantu menambah tontonan dan subsribers masing-masing.

Kredit: Tubefilter.com

Berhubunglah sesama YouTuber dan jangan malu bertanya tips-tips untuk menjadi YouTuber hebat daripada YouTube lain. Anda juga mungkin berpeluang berkolaborasi dengan YouTuber hebat lain.

5# Berhubung Dengan Penonton Anda

Ruangan komen adalah satu medium untuk YouTuber berhubung dengan penonton atau peminat mereka. Cari masa untuk membalas setiap komen penonton.

Penonton pasti berasa lebih selesa dan seronok menonton saluran anda jika setiap komen mereka sentiasa dijawab.

6# Selalu MuatNaik Video Konten

Penonton akan sentiasa ‘repeat’ ke saluran YouTube yang sentiasa memuatnaik video konten terbaru. Jadi, pastiksn saluran anda sentiasa ber’update’.

Tetapkan ‘dateline’ yang perlu anda ikuti. Tetapkanlah muatnaik video terbaru setiap 3 hari, atau setiap hari.

7# Cipta Headline Yang Menarik

Apabila sudah mendapat idea nak buat tu, jangan lupa hasilkan tajuk atau headline YouTube yang menarik untuk mencuri perhatian penonton. 

Kalau tak, sukar YouTube nak bagi laluan. 

Healine dengan ayat yang betul dan memukau, ‘description’ yang mesra SEO ditambah pula dengan ‘thumbnail’ yang cantik, barulah video anda senang dijumpai dan dicari.

Jadi kami rekemen dapatkan segera Ebook Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline di sini: https://bukulali.onpay.my/order/form/RHYS/1548

8# Jangan Ambil Kisah Dengan Komen Negatif

Ya, saluran YouTube yang berkualiti tinggi, akan sentiasa mendapat perhatian dan komen daripada penonton. Tetapi, jangan terkejut apabila menerima komen dalam bentuk kecaman atau daripada penonton yang terlalu taksub dengan sesuatu isu.

Jangan terlalu ambil kisah dengan komen negatif. Jika dilayan, komen-komen sebegini boleh menjatuhkan motivasi diri. Kalau perlu dipadam, padamkan sahaja komen negatif sebegitu.

Semoga anda terus berjaya dan menjadi YouTuber yang hebat dalam memberi ilmu serta manfaat kepada ramai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge