pengeluaran KWSP Akaun 1

Ramai Pencarum Bersetuju KWSP Benarkan Pengeluaran ‘One-Off’ Sehingga RM10 Ribu??

Cadangan bekas Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM 10,000 bagi mengharungi cabaran kehidupan yang wujud berikutan impak penularan wabak Covid-19.

Ahli Parlimen Pekan itu menerangkan bahawa wang berkenaan bertujuan bagi bagi menampung perbelanjaan individu yang terjejas akibat Covid-19.

“Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak.

Respons kepada cadangan ini menunjukkan rata-rata pencarum KWSP bersetuju dengan cadangan ini.

RIXAL: Ya atau tidak…Saya juga sokong..Tak rugi Mana pun Hanya 10k. Berlakunya covid ini…Membuka Mata bagi kerajaan Malaysia supaya Rakyat didahulukan. Tiada susah pun,semoga diluluskan mengenai keluaran kwsp rm10k. Kerajaan Tak rugi apa apa pun. Kaya atau Miskin tiada kena mengena.Rase semua rakyat #setuju. Tiada pilihan lain.

MANGALAM: Saya sokong 1000% cadangan Dato Seri Najib Razak, semua rakyat Malaysia terjejas akibat pandemic Covid 19,ramai yang di buang kerja, oleh itu tiada pendapatan, ramai orang macam kami, yang tinggal di rumah sewa, tak dapat bayar sewa rumah, hutang dah berganda, dengan cadangan ini,sedikit beban dapat di kurang kan,sebagai rakyat Malaysia kami mengharapkan pengeluaran KWSP dari akaun 1,dapat di pertimbangkan …..dengan sewajar nya, kami amat mengharai..sekian terima kasih.

MOHD FAIZAL BIN BAHARIN: Sangat berharap kerana keperluan anak belajar. Dua anak saya perlu membayar yuran universiti di peringkat master dan ijazah. Sedih rasanya dalam keadaan sekarang tidak mampu membuat bayaran. Anak asyik bertanya…tapi apalah days. Mohon sekali lagi kerajaan meluluskan cadangan YAB Datuk Sri Najib yang dapat menyelami kemelut ekonomi rakyat.

Syarat Pengeluaran One-Off KWSP

DS Najib turut mencadangan cadangan selepas pengeluaran ‘one-off’ ini. Ya, permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi pulih — tidak termasuk caruman bulanan biasa.

Namun, aku janji ini bukanlah perkara ‘WAJIB’ kerana tidak mahu memberi tekanan selanjutnya kepada pencarum yang memerlukan wang tunai.

Jawapan Kerajaan Terhadap Cadangan Pengeluaran KWSP RM10,000 Akaun 1

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jawapan terhadap cadangan ini, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun Satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.

Jelas beliau lagi, simpanan KWSP adalah untuk masa tua pencarum dan sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran dilakukan, ia akan memberi masalah lebih besar pada masa hadapan iaitu selepas pencen.

Tujuan Simpanan Akaun 1 KWSP

Pendapat kami di Lima Minit, sangat bersetuju dengan cadangan Dato’ Seri Najib ini sekiranya pencarum benar-benar terdesak dan perlukan wang tunai untuk meneruskan kehidupan.

Dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara. Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak-DS Najib

Sebaliknya, jika pencarum masih mampu membeli keperluan untuk meneruskan hidup dan masih mempunyai sumber pendapatan, adalah lebih baik untuk tidak menganggap tunai RM10 Ribu ini sebagai duit ‘bonus’. Sedia maklum, caruman di Akaun 1 adalah untuk simpanan hari tua anda dan hanya dibenarkan keluar selepas usia 55 tahun.

Berbeza dengan caruman di Akaun 2 yang dibenarkan keluar untuk beberapa perkara termasuk i-Lestari di bawah pakej bantuan Prihatin, Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan kecuali pengeluaran untuk pelaburan di Unit Trust Investment.

Jadi, sekiranya cadangan ini diluluskan oleh pihak kerajaan, fikirlah sedalam-dalamnya demi hari tua anda.

One Reply to “Ramai Pencarum Bersetuju KWSP Benarkan Pengeluaran ‘One-Off’ Sehingga RM10 Ribu??”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge