4 Sebab Filem ‘Mael Totey’ Menjadi Fenomena Dengan Kutipan Tertinggi RM2.56 Juta Dalam Masa 4 Hari
Nama selebriti YouTuber terkenal, Syahmi Sazli sudah tidak asing lagi bagi penonton YouTube di Malaysia terutama dari Pantai Timur. Namanya mula meletup pada awal tahun 2019 apabila banyak video di saluran Syahmi Sazli Production mengetengahkan bakat baru insan istimewa. Asif Suhaimi, Yoe Parey, Yatin dan Bedul.
Filem pertama Syahmi Sazli ini telah berjaya mengutip RM2.56 Juta dalam tempoh masa 4 hari pertama tayangan. Dan mengutip RM8 Juta dalam masa 8 hari!
Baca: Tips Menjadi YouTuber Berjaya.
Untuk makluman, Mael Totey The Movie telah memecah rekod kutipan tertinggi di Astro First yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.
Menjadi fenomena terkini, ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan yang ada pada filem Mael Totey The Movie sehingga berjaya mengutip kutipan tertinggi walaupun dalam situasi pandemik Covid-19 ini?
4 Sebab Mael Totey Menjadi Fenomena
1# Peminat YouTube Syahmi Sazli
Walaupun tidak semua warganegara Malaysia mengenali Syahmi Sazli, tetapi pengikut dan penonton setia di saluran YouTube beliau sudah melebihi 1 Juta pelangga. Ini adalah ‘senjata sulit‘ beliau untuk memastikan filem ini berjaya. Setiap muatnaik video beliau mencapai ratusan ribu tontonan.
Kami pasti, peminat setia Syahmi tidak berkira membayar RM15.90 untuk menonton filem Mael Totey. Bahkan, ada juga yang melanggan lebih daripada sekali.
2# Drama Mael Totey Dah Hit Dari Awal
Saluran YouTube Syahmi Sazli Production menjadi ‘viral’ apabila beberapa siri Drama Spontan yang dilakonkan bersama Asif Suhami mendapat ribuan perkongsian oleh penonton.
Mungkin ramai yang tidak tahu, siri Mael Totey yang mengisahkan seorang pemuda ingin mempelajari Bahasa Inggeris pernah hit di YouTube sebelum kemunculan Drama Spontan. Peminat Mael Totey melepaskan kerinduan mereka dengan kemunculan filem ini!
3# Kita Lain, Mereka Sama
Jika majoriti filem lain menggunakan pelakon yang sudah popular dan ada nama, tetapi bakat dalam Mael Totey adalah sebaliknya. Pemain utama filem Mael Totey mengetengahkan bakat insan istimewa (Orang Kurang Upaya) dan selebriti YouTube yang tidak pernah berlakon filem mahupun drama TV.
Walaupun sedikit sukar, Syahmi tetap berpuas hati dan gembira dengan kualiti lakonan spontan mereka.
4# Cerita Ringan, Sesuai Seisi Keluarga
Filem ini mempunyai kualiti untuk kehidupan manusia. Itu yang dikongsikan oleh Ustaz Bakhtiar Fitri. Cerita ini adalah cerita ringan, sangat sesuai ditonton bersama anak-anak. Ada ikhtibar pada jalan cerita. Kena pandai Bahasa Inggeris, apa maksud anak syurga, buat baik dengan semua orang dan macam-macam lagi. Sambil-sambil tu sindir orang yang malas keje, bapa yang abai didik anak dan penghormatan kepada orang istimewa.
Paling terbaik, filem ini langsung tiada babak pegang-pegang tangan antar bukan mahram.
Pada mereka yang masih belum menonton filem Mael Totey The Movie, bolehlah melanggan di Astro First atau strim di Astro Go atau On Demand. Serius, RM15.90 yang dibayar terasa sangat berbaloi.
One Reply to “4 Sebab Filem ‘Mael Totey’ Menjadi Fenomena Dengan Kutipan Tertinggi RM2.56 Juta Dalam Masa 4 Hari”