Cara Syahmi Sazli Raih View Dan Pendapatan Tinggi Di YouTube
Populariti Youtuber yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli semakin dikenali dan melonjak naik. Jika sebelum ini, nama Syahmi hanya dikenali dengan pembikinan video-video pendek yang mempunyai keunikan tersendiri, hari ini beliau dikenali setelah berjaya memecah rekod kutipan tertinggi di Astro First menerusi filem Mael Totey The Movie.
Video-video pendek yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya mendapat perhatian oleh warganet sehingga mencecah 2.42 juta pengikut.
Biodata Syahmi Sazli
- Nama penuh: Muhammad Syahmi bin Sazli
- Tarikh Lahir: 23 Mac 1995
- Asal: Kg Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan
- Mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Ismail (SIC) Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran di UiTM Kampus Dungun. Beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah di Uitm Shah Alam namun tidak menghabiskan pengajian kerana ingin meneruskan minat dalam pembikinan video YouTube.
- Mendirikan rumahtangga dengan instafamous Anissa Faizul dan kini dikurnikan anak bernama Ainul Mardhiah
- Minat dalam bidang videografi dan gajet sehingga menjadikannya kerjaya dan sumber pendapatan utama
- Mempunyai bisnes lain seperti menjual santan
Cara Syahmi Sazli Mendapatkan View Tinggi Di YouTube
1# Konten Berkualiti
Setiap video mempunyai moral kehidupan dan pengajaran yang boleh digunapakai untuk semua orang. Anda tontonlah setiap video yang dimuatnaik di saluran Syahmi Sazli. Di sebalik lawak, ada pengajaran yang tersembunyi.
2# “Kita Lain, Mereka Sama”
Jika kebanyakan saluran YouTube menggunakan selebriti yang sudah ada nama, namun Syahmi sebaliknya. Syahmi mengangkat bakat terpendam dalam diri insan-insan istimewa seperti Asif, Yoe Parey, Bedul dan beberapa nama lagi. Perkara ini didedahkan selepas kejayaan filem Mael Totey yang majoriti pelakon dibarisi oleh mereka yang belum ada nama di layar perak.
3# Jaga Batasan Pergaulan
Ellie Suriati ada komen tentang hasil kerja Syahmi Sazli yang dikatakan tidak mencapai ‘standard’ – “Ia bukan benchmark karya kreatif”. Namun, di mata kami sebagai penonton, video-video Syahmi ada kualiti dan keberkatannya tersenditi. Tiada adegan peluk cium, tiada adegan bersentuhan bukan mahram dan tiada gadis seksi yang berpakaian menjolok mata.
Mungkin ini dikatakan bukan mencapai standard filem Malaysia, tetapi filem sebeginilah yang perlu diangkat naik. Konten berkualiti yang perlu diiktiraf, bukannya kerana watak ‘helokk’.
Baca Juga: Rahsia YouTuber
Pada kami sebagai peminat yang gemar menonton saluran YouTube tempatan dan filem tempatan, 3 perkara di atas ini mampu menarik lebih banyak view untuk setiap video yang dimuatnaik di YouTube. Kami pasti, jika 3 perkara ini tiada di dalam penghasilan video di YouTube Malaysia, saluran YouTube anda tidak akan mendapat jumlah tontonan dan pelanggan yang tinggi.
Pendapatan Saluran YouTube Syahmi Sazli
Kami juga ada membuat semakan (14 Nov 2020) di website SocialBlade. Asasnya website ini membuat penilaian tentang anggaran pendapatan yang diperolehi oleh saluran YouTube Syahmi Sazli berdasarkan jumlah subscriber, jumlah tontonan dan statistik terkini.
Walaubagaimanapun, jumlah ini hanyalah anggaran pendapatan yang diperoleh oleh Syahmi Sazli. Boleh jadi lebih banyak atau lebih kurang.
Rezeki itu datangnya dari Allah SWT dan kita yakin rezeki untuk setiap orang berlainan dan Allah tak akan mengkhianati hamba-hambanya untuk memberikan rezeki yang terbaik. – Syahmi Sazli
Hari ini, ramai yang membuat konten YouTube kerana sedar potensi buat duit dengan YouTube. Namun, jangan ceburi bidang ini kerana duit semata-mata. Jadi YouTube sebagai satu platform untuk menyebarkan kebaikan dan bukannya untuk menghina atau membenci orang lain.