YouTuber Malaysia

Gagal Menjadi YouTuber Berjaya? Ini Sebab Popular Kenapa Anda Gagal.

Kebelakangan ini, saluran YouTube menjadi pilihan ramai untuk muatnaik video-video konten yang menarik. Kenapa? Salah satu sebabnya, dengan cara ini dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Ramai yang menjadikan kisah Sugu Pavithra sebagai pembakar semangat mereka untuk menghasilkan video-video yang best best dan mempunyai jumlah tontonan (view) tinggi.

Siapa yang tidak mengenali YouTuber Sugu Pavithra? Namanya mula meningkat naik semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia. Beliau berjaya menjana pendapatan lumyana hanya dengan berkongsi video beliau memasak di dapur rumahnya yang biasa-biasa sahaja.

Maka, berpusu-pusulah saluran YouTube mulai wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan, dengan niat dapat menjana pendapatan lumayan daripada Google Adsense dalam masa yang singkat.

YouTuber Malaysia

Selepas beberapa bulan, berapa kerat sahaja yang mampu bertahan? Lebih ramai yang berputus asa daripada yang terus berjuang menghasilkan video-video konten yang menari dan bermanfaat.

Kenapa ini terjadi?

Kami kongsikan sebab asas kenapa mereka gagal menjadi YouTuber yang berjaya.

#1 Konten Tak Menarik. Ramai Tak View

Asasnya, video yang menarik dari segi konten & editing akan menjadi pilihan penonton. Ada juga video tanpa editing menarik, namun tetap mendapat tontonan tinggi.

Jadi, video yang tidak mempunyai konten menarik, apatah lagi tahap editing yang ohsem, akan kurang mendapat tontonan ramai. Dan bukan senang ye untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi.

Namun, editing yang menarik tidak semestinya bertaraf antarabangsa yang perlukan kos yang tinggi untuk menghasilkannya.

Cukuplah video yang jelas (tak blur!).

Kami suka menonton video-video di saluran Isa Isarb. Walaupun editing mereka ringkas, Headline pula selalu pancing penonton dengan duit ribu riban, namun konten mereka padu dan ada moral yang boleh dimanfaatkan dalam hidup.

YouTuber Malaysia

#2 Tiada Kelainan. Viewer Bosan.

Apabila seorang YouTuber memuatnaik video dengan konten ‘Cara Mudah Masak Kari Ayam Ala Sugu Pavithra‘, maka akan ada berpuluh YouTuber yang lain turut menghasilkan konten yang sama.

Nak up konte yang sama boleh, tetapi biarlah dengan hasil inovasi yang lebih baik dan best.

Barulah video anda akan menarik perhatian penonton untuk terus menonton dan berkongsi di media sosial mereka.

Dengan perkongsian sebegini, akan meningkatkan jumlah tontanan dan pastinya akan terus membakar semangat YouTuber untuk menghasilkan video seterusnya. Betul tak?

#3 Headline Tak Power. Viewer Tak Tertarik

Tahukah anda, headline yang Wow! akan memberi first impression yang bagus kepada penonton dan seterusnya melanggan saluran YouTube anda.

Percayalah, sebagus mana pun konten video anda tetapi tanpa headline yang best, penonton tidak akan sedar atau tertarik pun untuk menonton video anda.

Mungkin ada yang nampak membuat headline menarik adalah kerja senang. Ya, nampak senang tetapi perlu ada kemahiran untuk menjentik emosi pertama penonton. Semua elemen ini ada dikongsikan di dalam ebook di bawah ini:

https://bukulali.onpay.my/order/form/RHYS/1548

headline Youtube yang best
Headline YouTube Yang Menarik

#4 View Tak Menaik. Frust. Give Up

3 perkara di atas berkait rapat dengan jumlah tontonan (view) dan juga langganan (Subscribe) saluran YouTube. Ya, niat anda memuatnaik konten video di saluran YouTube semestinya untuk mendapat views yang tinggi.

Sangat menyedihkan sekiranya impian untuk menyaksikan muatnaik video anda mendapat tontonan sehingga 900K Views dalam masa 2 minggu, dan bilangan Subscriber mencecah sejuta orang dalam masa sebulan tidak kesampaian!

Seterusnya anda kecewa & berhenti menghasilkan video konten selepas sebulan berusaha untuk menjadi seorang YouTube yang berjaya menghasilkan ribuan Ringgit Malaysia.

Kenapa anda kecewa dan berputus asa? Jawapannya pasti berkait rapat dengan perkara di bawah ini.

YouTuber Malaysia

#5 Terlalu Fokus Nak Dapat Duit

Menjadi seorang YouTube yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan hanya menghasilkan video konten bukanlah perkara yang mudah dan singkat. Ya, dalam 10 orang, mungkin seorang sahaja yang bernasib baik seperti Sugu Pavithra. Saluran YouTube mereka berjaya memberi pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

Tidak salah untuk menjadikan saluran YouTube mereka sebagai idola. Namun, perlu berpijak di bumi yang nyata.

Untuk berjaya menjadi YouTuber yang berjaya, perlu ada minat (passion). Jangan terlalu fokus untuk DUIT. Jangan dikejarkan sangat view yang mencanak.

Seperti perkongsian YouTuber Rhy William, jumlah tontonan bukanlah perkara penting untuk menjadi YouTuber yang berjaya. Pilihan niche dan konsisten menghasilkan video-video yang best lebih utama. Selain itu, engagement (membalas komen-like-subscribe-share) di setiap video perlulah aktif untuk mewujudkan sebuah saluran YouTube yang baik.

Kena betulkan niat terlebih dahulu. Tanam minat pada kerja-kerja menghasilkan konten yang menarik. Juga perlukan kesabaran yang tinggi tanpa rasa putus asa.

Tanyalah mana-mana YouTuber yang berjaya buat duit ribu-ribu denga YouTube, mereka berada di tahap sekarang bukan hanya sebulan, dua..

Jadi, sebagai tips & trick untuk menjadi YouTuber yang berjaya, janganlah anda mengamalkan 5 perkara yang kami kongsikan di atas ini!

Good luck!

Nota: Sekali lagi, boleh dapatkan Ebook Rahsia YouTuber di bawah ini:

Leave a Reply