
“Kenapa Anda Berhenti Kerja Sebelum Ini?” Jangan Jawab 3 Sebab Ini.
“Kenapa anda berhenti kerja sebelum ini?” Soalan ini antara soalan yang selalu ditanya semasa sesi temuduga. Biasanya, soalan ini akan ditanya pada calon yang sudah ada pengalaman bekerja dan ingin mencari kerja yang lain.
Anda sebagai calon boleh menjawab apa sahaja alasan yang menyebabkan anda meletak jawatan untuk posisi kerja anda sebelum ini. Apabila ditanya soalan begitu, jawab sahaja dengan jujur. Penemuduga atau bakal bos anda sudah boleh mengagak sekiranya anda memberi jawapan yang tidak jujur.
Berhenti kerja adalah perkara yang tiada siapa ingin melaluinya, melainkan mendapat tawaran yang lebih baik. Walau apa pun alasan anda, sebolehnya, jangan jawab soalan di atas dengan jawapan di bawah ini.
#1 Tidak Bersefahaman Dengan Pihak Pengurusan
Ini antara alasan popular pekerja berhenti kerja. Mereka tidak tahan dengan kerenah oleh pihak pengurusan a.k.a BOSS. Biasalahkan, dah namanya bos, dan anda adalah pekerjanya. Bermacam arahan dikeluarkan mengikut situasa semasa. Anda mesti terasa dicabar apabila melibatkan ‘duit’. Contohnya, elaun anda dipotong kerana alasan tidak menusabah.
Jadi, sebagai menunjukkan tanda tidak puas hati, anda menghantar surat permohonan berhenti kerja. Jadi, sekiranya perkara ini diketahui oleh bakal majikan, adakah anda rasa tidak akan mengulangi tindakan ini lagi?
Ingat, jangan memburukkan bekas majikan anda di depan bakal majikan anda. Jika ini berlaku, kami pasti, penemuduga atau bakal majikan anda tidak akan menerima anda sebagai pekerja mereka.

#2 Gaji Tidak Setimpal dengan Bebanan Kerja
Pasti akan terdetik rasa tidak puas hati dengan gaji. Anda fikir, bebanan kerja yang anda pikul tidak setimpal dengan gaji yang anda. Hakikatnya, bekerja makan gaji di mana-mana sama sahaja.
Percayalah, setiap majikan akan nampak usaha anda. Mereka pasti akan cuba memberi yang terbaik untuk pekerja mereka. Tetapi, jika sesi pertama temuduga pun anda sudah ‘menekankan’ hal gaji berbanding kualiti diri, usah mimpi untuk anda diterima bekerja.
#3 Environment Kerja Tak Best
Environment best ke tak best, anda sendiri yang tentukannya. Jika anda bersikap positif terhadap benda atau orang di sekeling anda, kami pasti environment akan turut menjadi positif.
Tak salah untuk kami katakan, anda yang tentukan ‘mood’ persekitaran anda.
Anda pasti environment akan menjadi best bila bekerja di tempat baru? Belum tentu kan?
Sekiranya kami ditugaskan menjadi panel temuduga, setiap calon yang menjawab soalan di atas dengan 3 jawapan ini, mereka akan dimasukkan ke dalam list ‘tidak berjaya’.
Apa-apa pun, sebelum melangkah ke sesi temuduga, pastikan anda mempunyai 2 Minda Penting semasa proses mencari kerja.
Selamat maju jaya!