cara cari kerja

2 Minda Penting Semasa Proses Mencari Kerja

Sama ada anda baru menamatkan pengajian atau sudah ada pengalaman bekerja, proses untuk mencari pekerjaan baru adalah sama sahaja. Teknik mencari kerja juga tidak banyak bezanya antara dua golongan ini.

Dalam proses mencari kerja, ada 2 minda penting yang perlu dimiliki dan dikawal.

#1 Minda Positif

Anda sudah menghantar banyak resume kepada banyak syarikat tetapi masih tiada panggilan temudug. Masih tiada jawapan. Kebanyakan daripada kita aku berasa kecewa dan berputus asa.

Betulkan pemikiran ini. Pastikan kita berfikir secara positif.

Percayalah Allah akan bagi rezeki yang betul dan pada masa yang betul.

Mungkin kita masih belum mendapat pekerjaan hari ini, mungkin pada masa hadapan anda akan mendapat kerja yang lebih baik. Asalkan tidak berputus asa dan terus mencari.

#2 Minda Pemasaran

Proses mencari pekerjaan bukan proses meminta bantuan atau meminta sedekah. Mencari pekerjaan adalah satu proses menjual diri, ilmu, pengalaman, pendidikan dan menjual skill yang anda ada.

Minda positif dan minda pemasaran ini mesti sentiasa ada dalam proses mencari pekerjaan.

Dalam proses mencari pekerjaan, ada 3 tahap penting yang perlu dilalui oleh setiap calon.

3 Proses Mencari Kerja.

i. Proses Persiapan Sebelum Temuduga

Ramai yang menganggap proses persiapan sebelum temuduga tidak penting. Pada mereka yang mempunyai minda pemasaran, mereka aku terlebih dahulu memahami kehendak dan keperluan ‘pelanggan’ terlebih dahulu. Calon temuduga yang membuat persiapan dengan baik akan terlebih dahulu memahami apa yang syarikat mahu dan cari.

Sebelum menghadapi temuduga, anda harus tahu tentang latar belakang syarikat; jenis perniagaan, siapa di dalam syarikat, projek apa yang syarikat buat.

Semakin banyak maklumat yang anda tahu tentant syarikat, semakin banyak anda boleh bercakap semasa proses temuduga. Majikan hendak mendengar apa yang nak didengar, bukan apa yang anda hendak dengar.

Cover letter atau CV perlu disediakan seperti yang mahu didengar oleh bakal majikan.

Anda juga boleh menunjukkan yang anda serasi dengan bakal majikan. Majikan bukan mencari seorang best student, majikan bukan mencari pelajar 4 flat, majikan bukan mencari calon yang terlebih pandai. Majikan mencari calon yang serasi dengan mereka. Majikan mencari calon yang sekufu dengan mereka. Majikan mencari calon yang sesuai dengan organisasi tersebut, dari segi nilai, dari segi cara bekerja, kemahiran dan cara berfikir.

Jadi, sebelum pergi ke sesi temuduga, buatlah kajian berkaitan syarikat yang menemuduga. Dengan persiapan sebegini anda pasti boleh berkomunikasi dengan majikan dan seterusnya memenangi hati bakal majikan anda.

projek syarikat
Jangan tanya, “Syarikat ini buat projek apa ye?” semasa sesi temuduga.

Dalam sesi temuduga, ada beberapa pantang larang yang tidak patut dilakukan atau ditanya. Contohnya, apabila diberi ruangan untuk bertanyakan soalan, jangan sesekali melontakan soalan ini; “Syarikat ini buat apa ye?” .

Soalan ringkas sebegini cukup menunjukkan yang anda langsung tidak bersedia dengan sesi temuduga. Walhal semua maklumat ini boleh diketahui daripada laman web syarikat.

Ada juga calon yang datang ke sesi temuduga langsung tidak boleh engage dengan panel temuduga. Lidah kelu otak beku sehingga tidak mampu bercakap kerana tiada maklumat. Apabila persiapan tidak dilakukan, pasti ada masalah semasa semasa sesi temuduga.

Bagaimana menyediakan Cover Letter yang baik? Ringkasnya, Cover Letter disediakan khusus untuk bakal majikan. Seeloknya jangan sediakan Cover Letter untuk umum. Jangan tulis “To Whom It May Concern“. Terlalu umum. Ini adalah perangai orang yang malas. Tulis nama atau maklumat lengkap tentang majikan. Guna ayat pemujukan yang baik kepada siapa anda memohon pekerjaan.

ii. Proses Menghadapi Temuduga – peluang

Sebaik sahaja mendapat panggilan sesi temuduga, ini adalah peluang atau proses kesempatan ini untuk anda menjual diri. Semasa berkomuikasi dengan pihak syarikat, gunalah salutation yang betul. Contohnya, Encik, Tuan, Puan, Datuk dan lain-lain.

Semasa berkomunikasi dengan pihak syarikat juga, menulis dengan ejaan yang betul. Samaada menulis email atau Whatsapp. Jangan sekadar menggunakan ‘OK‘. Gantikan dengan ‘Baiklah‘. Guna istilah yang betul.

Ada sesetengah syarikat mengadakan sesi Pra-interview menggunakan sesi Virtual Meeting. Sesi sebegini, biasanya dilakukan apabila terlalu ramai calon atau calon berada di tempat yang jauh dari lokasi temuduga.

Dalam proses Video Interview ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

  1. Pastikan internet bagus
  2. Pastikan latar belakang yang elok. Janganlah belakang tu ada tuala yang tersidai, pinggan mangkuk etc.
  3. Pastikan pakaian yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
  4. Pastikan pandangan anda ke arah kamera. Jangan pandang kiri, pandang kanan ke kiri lagi dan kanan. Kerana kita sedang berkomunikasi dengan pihak yang berkepentingan.

Sebaik sahaja mendapat panggilan temuduga, lakukan persediaan lengkap dan pergilah sesi tersebut dengan minda positif. Di lokasi temuduga, apabila berjumpa dengan sesiapa sahaja di bangunan itu, senyum dan layanlah mereka dengan baik.

Jangan kerana anda mendapat panggilan temuduga sebagai seorang manager, anda bersikap sombong. Tak pandang pun orang lain. Anda tidak tahu yang anda sombongkan itu sebenarnya seorang pemandu kepada CEO. Pemandu adalah staff yang paling dipercayai selepas Pembantu Peribadi.

Walaupun proses interview kita cemerlang, tapi apabila pemandu bos memberi pandangan yang negatif, pasti anda akan mendapat ‘bad remark’ dan memusnahkan peluang anda untuk mendapat jawatan di syarikat tersebut.

iii. Selepas Temuduga.

Selepas sesi temuduga, ‘follow up’ status temuduga anda sama ada berjaya atau tidak berjaya. Majikan pasti suka dengan inisiatif sebegini. Sikap sebegini menggambarkan sifat anda yang berminat dengan pekerjaan yang dilakukan.

Mungkin dengan tindakan ini, membuka peluang anda untuk diterima bekerja di syarikat tersebut.

Tahniah!

Proses Mencari Kerja Adalah Sama!

Kesimpulannya, sama anda anda baru sahaja menamatkan pengajian (Fresh graduate) atau sudah ada pengalaman bekerja untuk beberapa tahun, proses mencari pekerjaan baru adalah sama sahaja.

Untuk berjaya dalam sesi temuduga, berusaha untuk memiliki minda positif dan minda pemasaran dan lakukanlah proses seperti yang dikongsikan di atas. InsyaAllah anda pasti akan berjaya.

Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge