tempat cari kerja

Tempat Cari Kerja Popular Yang Wajib Tahu

Mencari pekerjaan baru sama ada ketika anda ‘fresh graduate‘ atau sudah berpengalaman, bukanlah satu kerja yang mudah. Terutama ketika krisis ekonomi yang sedang berlaku hari ini.

Namun, rezeki masing-masing sudah ditetapkan dari awal oleh-Nya. Apa yang penting, anda tidak berhenti mencari dan mencuba.

Di Malaysia, terdapat banyak laman web atau tempat mencari kerja yang menyediakan tawaran kerja dengan pakej menarik. Selain daripada menghadiri ekspo kerjaya dan ‘drop’ resume di booth-booth syarikat, anda juga boleh memohon kerja di laman web yang menjadi ‘orang tengah’ kepada bakal majikan anda.

Selepas menyediakan satu resume yang mantap, anda perlu tahu di manakah tempat yang terbaik untuk memohon kerja.

Di Malaysia, terdapat banyak laman web atau laman sesawang yang menyediakan jalan untuk mendapat pekerjaan yang dihajati. Di laman-laman ini, anda hanya perlu menghantar resume menggunakan email atau di ruangan yang disediakan.

Laman Web Mencari Kerja

1# https://myjobstreet.jobstreet.com.my/

Jobstreet adalah laman web mencari kerja yang paling popular sejak lebih 10 tahun yang lepas. Selepas mendaftar di Jobstreet, anda akan sentiasa mendapat email kemaskini peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan di seluruh Malaysia dalam sektor swasta dan kerajaan.

2# http://jobsmalaysia.gov.my/

JobsMalaysia adalah satu inisiatif Kementerian Sumber Manusia kepada pencari kerja untuk memohon permohonan kerja atas talian.

3# http://mystarjob.com/

Kami pernah melanggan akhbar The Star semata-mata tidak mahu terlepas peluang pekerjaan yang ditawar setiap minggu. Jika anda pernah mengintai peluang pekerjaan di akhbar fizikal The Star, anda pasti berminat mencari peluang di platform online StarJobs ini. Tawaran kerja yang ditawarkan di laman ini tidaklah sebanyak di Jobstreet, tetapi tidak salah untuk mencuba, mungkin rezeki anda ada di sini.

4# https://www.maukerja.my/

Anda juga boleh mencuba nasib memohon pekerjaan pertama anda di sini. Terdapat banyak tawaran kerja daripada syarikat yang boleh dipercayai sama ada untuk pekerjaan sepenuh masa atau separuh masa.

5# https://www.monster.com.my/

Laman carian kerja Monster masih belum menjadi pilihan ramai. Tidak salah mencuba menhantar permohonan anda menggunakan laman ini kerana peluang anda diterima bekerja tetap ada di sini.

6# http://www.spa.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan peluang pekerjaan di dalam sektor kerajaan melalui laman sesawang ini. Permohonan jawatan boleh digunapakai selama setahun dan anda boleh memohon sehingga 15 jawatan dalam satu-satu masa.

7# https://www.mudah.my/

Ramai yang tidak menyedari laman sesawang mudah.my turut menyediakan peluang pekerjaan terkini. Laman ini lebih dikenali sebagai platform jual beli barangan terutama barangan terpakai.

8# https://www.bestjobs.com.my/

Mungkin laman BestJobs tidak sepopular Jobstreet. Namun peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini sangat menarik dengan rekabentuk laman yang sangat mesra pengguna.

9# https://gkerjaya.com

Ini adalah laman mencari kerja yang paling best. Gkerjaya menggabungkan semua jawatan kosong terkini di dalam sektor swasta dan kerajaan. Iklan-iklan jawatan kosong yang ditawarkan di Jobstreet, JobsMalaysia, Mudah.my, SPA dan lain-lain agensi pekerjaan ada ditawarkan di laman ini.

Diharap perkongsian kami tentang laman carian kerja ini memberi manfaat kepada semua.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada semua pemohon kerja hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge