to'ki seni berzaman

Sebak Melihat Nasib To’ki. Namun To’ki Tetap Bahagia

Membaca perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew yang menziarahi penyanyi lagu Hampa dan Seni Berzaman, To’ki menyentuh hati kami dengan kehidupan yang sedang dilalui oleh penyanyi yang pernah mengecapi populariti satu masa dahulu.

To’ki yang menginap di sebuah pondok kecil di Batu 12, Gombak sejak setahun yang lalu, kini menjaga dan menguruskan isterinya yang tidak boleh bergerak akibat kemalangan.

Kagum kami dengan kunjungan Ustaz Ebit Lew untuk menyampaikan bantuan berupa tangki, peti sejuk, mesin basuh dan water pump bilik air. Asbab kehadiran rombongan Ustaz Ebit Lew juga, saudara Hj. Hamid dari Kulim juga membantu memberi kayu pain untuk membuat rumah yang lebih baik.

Kredit: FB Ebit Lew

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan juga menyediakan bantuan kepada To’ki berupa sebuah kediaman yang lebih selesa dan komputer riba. Rumah baru To’ki yang lebih lengkap diharap dapat menyuntik semangat beliau untuk terus lebih kuat mengharungi hidup.

Bantuan oleh orang ramai juga makin mencurah masuk selepas pendedahan ekslusif ‘Pondok To’ki’ di slot Awani 7:45.

Kami kagum dengan sikap To’ki yang cekal menghadapi dugaan hidup, namun tidak menagih simpati daripada orang lain. Semangat dan jiwanya sangat besar.

To’ki tidak berhenti berkarya.

Kami berharap dengan sumbangan yang diterima, To’ki dan isteri akan terus lebih aktif dengan karya-karya yang akan memeriahkan lagi industri seni negara.

Memetik kata-kata To’ki bersama Astro Awani,

“Syukur dan terima kasih.Allah telah ketuk pintu hati insan-insan yang datang pada hari ini. Insya-Allah jika ada rezeki lebih saya akan kongsikan juga pada yang lain yang kurang bernasib baik. Ini adalah tanggungjawab kita semua,”

Dalam pada melalui hidup yang sukar, To’ki tetap tenang dan merendah diri serta turut mahu berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih susah.

Kami di Limaminit berdoa semoga To’ki terus tabah mengharungi dugaan hidup dan berjaya merubah nasibnya nanti. InsyaAllah.

One Reply to “Sebak Melihat Nasib To’ki. Namun To’ki Tetap Bahagia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge