prihatin

Moratorium Berakhir. Bersediakah Kita Dengan Cabaran Terkini?

Penangguhan bayaran balik pinjaman merupakan salah satu intipati yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh kerajaan. Pakej rangsangan ini diumumkan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan virus pandemik Covid-19 terutama golongan yang hilang pekerjaan atau sumber pendapatan.

Bank Negara telah meluluskan penangguhan bayaran balik pinjaman bank tempatan (moratorium) bermula padal April 2020 sehingga September 2020. Fasiliti ini telah diberikan kepada peminjam individu dan Peniaga Kecil & Sederhana (PKS).

Moratorium ini bakal berakhir pada September 2020. Untuk mengembalikan situasi ekonomi kepada asal, pasti memakan masa yang agak lama. Jadi, apakah persediaan anda sebelum moratorium ini berakhir?

Ada 3 perkara yang perlu akan lakukan sebagai persediaan sebelum moratorium berakhir.

1# Membuat Persediaan

Moratorium akan berakhir pada September 2020. Sebaiknya, pada bulan Ogos, anda disarankan untuk membuat pengiraan semula dan membuat analisa bajet persendirian.

Hasil daripada analisa ini, anda boleh menilai kemampuan kewangan anda untuk meneruskan pembayaran balik pinjaman. Jika kewangan anda tidak berada di status sihat, jana pendapatan baru untuk menampung kekurangan sedia ada.

Anda juga boleh meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran sedia ada dan baharu supaya peluang anda untuk mendapat pekerjaan baharu terbuka luas dengan tawaran yang lebih menarik.

Pihak kerajaan sangat komited membantu rakyat. Terokai insentif Covid-19 yang ditawarkan. Rebut peluang dan gandakan pulangan untuk masa depan anda. Namun perlu sentiasa berfikir panjang supaya tidak terperangkap dengan skim penipuan kewangan.

2# Periksa Dengan Institusi Kewangan

Adakah ansuran anda berubah? Berapa yang perlu anda bayar? Anda perlu memastikan jumpa baki pinjaman yang perlu dibayar supaya tidak berlaku penangguhan bayaran pinjaman selepas September 2020. Bayaran perlu dibayar seperti jadual asal.

3# Membuat Tindakan Selanjutnya

Sekiranya anda tidak mampu membuat pembayaran pinjaman, berbincnglah dengan institusi kewangan yang terlibat terlebih awal. Jangan tunggu sehingga saat akhir.

Anda disarankan untuk melakukan 3 perkara di atas supaya tidak akan berlaku kejutan akibat kekangan ekonomi pasca moratorium.

Amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup.

Bagi mereka yang masih terkesan dari segi kehilangan sumber pendapatan atau masih berdepan dengan saat sukar, digalakkan untuk menghubungi pihak peminjam dan berbincang.

Juga, anda boleh hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di 03-2616 7766 untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge