youtuber isa isarb

Kenapa Saluran YouTube Isa Isarb Selalu Umpan Wang Tunai?

Pernah tular kerana mengagihkan not RM1 sebanyak RM10 ribu kepada para petugas media di hadapan Istana Negara, saluran YouTube Isa Isarb terus menjadi tontonan ramai.

Saluran YouTube Isa Isarb turut menjadi kegemaran kami kerana menyajikan bermacam elemen seperti kejutan, lawak dan inspirasi. Konten-konten yang disediakan di saluran tersebut adalah pelbagai. Kami juga kagum dengan pencapaian anak-anak muda di dalam Isarb Clan sehingga mampu membeli rumah bernilai RM1.8 Juta!

Biodata Isa Isarb

  • Nama Penuh: Isa bin Batharul Zaman
  • Nama komersial: Isa Isarb
  • Umur : 22 tahun
  • Asal : Selangor
  • Viral: Mengagih wang tunai RM1 sebanyak RM10 ribu kepada para petugas media di hadapan Istana Negara

Bagi penonton tegar saluran YouTube pasti akan perasan majoriti konten saluran tersebut melibatkan penggunaan sejumlah wang tunai dengan tujuan tertentu.

Baca: Tips Menaikkan Views Video YouTube

Contohnya, mengadakan cabaran mendapatkan nombor telefon awek dan menang wang tunai dalam not RM1 sebanyak RM5000!

Kadang-kadang tak masuk akal konten sebegitu. Namun, itu hanyalah selingan. Ada banyak lagi konten video yang memberi 1001 manfaat.

Antaranya, konten video eksperimentasi mereka tentang respon rakyat Malaysia terhadap orang susah. Jika orang ramai membantu dengan menghulurkan duit, tim Isa Isarb akan membalas balik kebaikan mereka dengan sejumlah tunai sekali ganda.

Berapa Pendapatan Saluran YouTube Isa Isarb?

Setakat hari ini, saluran ini telah memuatnaik 56 buah video konten dengan jumlah tontonan melebihi 55 juta. Subscriber mereka juga sudah 1.07 juta orang!

Di bawah ini adalah anggaran pendapatan yang diperoleh oleh saluran YouTube Isa Isarb.

Kesimpulan

Apabila ditanya ketika sesi interview di Motif Viral, apakah niat mereka manggunakan wang tunai sebagai daya penarik dalam konten video YouTube mereka? Adakah dahaga perhatian ramai?

Jawab Isa, konten-konten yang dikongsikan oleh mereka mempunyai nilai moral tersendiri. Terpulang kepada para penonton untuk menilai. Ibarat kita melihat angka ‘9’, dari satu sudut lain kita akan melihat angka ‘9’ sebagai angka ‘6’.

Ringkas dan padu jawapan Isa!

One Reply to “Kenapa Saluran YouTube Isa Isarb Selalu Umpan Wang Tunai?”

  1. saya memang suka cara dia buat begitu..

    memang dia income masyuk sekarang ini sama ada dari Youtube dan bisnes yang dia jalankan..

    so far memang best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge