
Tiket Masuk Zoo Melaka Serendah RM5. Tempat Lain Turut Menawarkan Harga Diskaun Sempena Pembukaan Semula Selepas PKP.
Sejak fasa Perintah Kawal Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, beberapa tempat pelancongan untuk aktiviti riadah awam ditutup sebagai pencegahan penularan wabak Covid-19. Zoo dan taman haiwan antara yang ditutup. Selepas hampir 3 bulan, tempat-tempat ini dibenarkan beropersi bermula fasa Perintah Kawal Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sebagai penarik untuk menarik orang ramai berkunjung ke tempat-tempat ini, pihak pengurusan di beberapa tempat pelancongan mengadakan tawaran menarik dengan memberi diskaun hebat untuk tiket-tiket masuk.
Ini adalah peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Anak-anak pasti seronok dapat melihat haiwan-haiwan yang jarang dilihat dengan lebih dekat.
Selain itu, orang ramai juga dapat membantu memulihkan ekonomi setiap organisasi ini.
Zoo Melaka. Tiket Masuk Bermula RM5.

Selain daripada Zoo Negara, Zoo Melaka juga sentiasa menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu. Zoo Melaka menawarkan promosi pembukaan semula selepas PKP serendah RM5 untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas. Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah, masuk adalah percuma.
Taman Burung Kuala Lumpur. Tiket Masuk Bermula RM6.

Dalam tempoh PKPP, pihak Taman Burung KL juga menawarkan tiket serendah RM6.
Taman Burung KL mula dibuka sejak 10 Jun lepas dengan mempraktikkan norma baru mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Ibu bapa tidak wajar melepaskan peluang ini untuk meluangkan masa berharga bersama anak di samping bermesra dengan burung-burung yang bebas bergerak di taman ini.
Taman Burung KL menempatkan kira-kira 3000 ekor burung tempatan dan asing dengan 200 spesis yang berbeza.
Menara Kuala Lumpur. Tiket PERCUMA!

Bukan senang nak dapat promosi best giler macam ni. Kalau takde promosi sebegini, harga tiket untuk naik ke Observation Deck pun dah makan puluh-puluh ringgit untuk satu kepala.
Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan juga dengan kawan-kawan lain tentang berita baik ini agar industri pelancongan negara semakin rancak dan meriah.