al-jazeera

Biodata Rayhan Kabir, Lelaki Bangladesh Ini ‘Buat Cerita Karut Tentang Malaysia’ Kepada Al-Jazeera

Laporan Al-Jazeera di saluran YouTube mereka bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown‘ mencetuskan rasa tidak puas rakyat Malaysia. Video yang memaparkan situasi semasa pengesanan kontak bagi mencegah penularan Covid-19 baru-baru ini, didakwa pihak berkuasa Malaysia melayan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seperti binatang.

Isu diskriminasi atau perkauman yang dimainkan di dalam video Al-Jazeera berdurasi 25 minit 51 saat ini boleh memberi impak buruk kepada reputasi Malaysia di mata dunia.

Namun, sepanjang rakaman video yang berat sebelah ini, watak yang mencuri tumpuan adalah seorang lelaki Bangladesh yang ditemuramah oleh pihak Al-Jazeera dan menjadi jurucakap kepada warga asing lain.

Ekoran daripada video ini, lelaki Bangladesh dengan nama sebenar Rayhan Kabir menjadi carian rakyat Malaysia. Netizen Malaysia berjaya menjumpai biodata Rayhan, namun dikhabarkan beliau telah pun memadamkan akaun Facebook peribadi.

Biodata Rayhan Kabir

  • Nama: M Rayhan Kabir
  • Negara Asal: Bangladesh
  • Pekerjaan: Head of Marketing di Malik Streams Production & Distribution.
  • Graduat: Universiti Kuala Lumpur (British Malaysian Institute)

Konten yang dipapar mendapat kecaman hebat daripada warga Malaysia. Bukan setakat rakyat, malah kerajaan Malaysia juga kecewa dengan laporan berat sebelah.

Pihak berkuasa Malaysia terutama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah menganiayai warga asing dan memberi servis perkhidmatan sebaik mungkin dengan adil dan saksama.

“LAPORAN disiarkan agensi berita antarabangsa berkenaan tidak benar kerana hakikatnya, mereka (warga asing) menerima rawatan dan dilayan dengan baik oleh semua petugas kesihatan sepanjang berada di negara ini,” kata Pegawai Perubatan Jabatan Oftalmologi Hospital Selayang, Dr Kenneth Wong Chen Fei.

Beberapa pihak telah membuat laporan polis berkenaan konten video oleh pihak Al-Jazeera ini. Difahamkan, pihak Al-Jazeera akan dipanggil polis untuk disoal siasat berkenaan media laporan tersebut.

Maruah Malaysia Diperlekeh

Sebagai rakyat Malaysia, kami percaya ramai yang tidak bersetuju dan marah dengan konten video sebegini. Ketika ada pihak dunia yang mengiktiraf kejayaan Malaysia mengawal pandemik Covid-19, ada pula pihak lain yang mencabar pengorbanan frontliner kita.

TERKINI: Jabatan Imigresen memburu Md Rayhan Kabir untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge