jadual gangguan bekalan air

Air Selangor Umum Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang Bermula 14 Julai

Bekalan air ke beberapa tempat di Lembah Klang akan terganggu disebabkan kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3). Sebanyak 420 ribu rumah dijangka akan terjejas atau terputus bekalan selama 4 hari.

Air Selangor telah mengumumkan gangguan bekalan air bermula jam 9 pagi, Selasa 14 Julai sehingga 5 petang, Jumaat 17 Julai.

Gangguan bekalan air ini akan melibatkan 290 kawasan di 5 Daerah iaitu Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Air Selangor, loji akan dihenti operasi sementara waktu bagi memberi laluan kepada penukaran laluan paip utama dan menaik taraf keseluruhan sistem.

jadual gangguan bekalan air
Kerja-kerja penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada para pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Loji rawatan air ini telah mula beroperasi dari tahun 2003. Kali terakhir loji ini dinaiktaraf adalah pada tahun 2018.

Air Selangor menjangkakan 80% daripada 290 kawasan yang terjejas akan mendapatkan bekalan air semula pada jam 9 pagi 17 Julai, diikuti bekalan ke kawasan lain sehingga jam 5 petang.

Walau bagaimana pun, kawasan-kawasan yang terjejas akan kembali mendapat bekalan air adalah tidak sama waktu berdasarkan geografi, bentuk muka bumi dan lokasi kediaman masing-masing.

Air Selangor menasihati pengguna untuk membuat persediaan sebelum bekalan air terputus. Pengguna boleh mula menyimpan air di dalam bekas-bekas yang bersesuaian untuk kegunaan nanti. Gunalah dengan berhemah. Jangan membazir air.

SENARAI KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT & TEMPOH PEMULIHAN BEKALAN AIR

Pihak Air Selangor akan menggerakkan 91 lori tangki air ke lokasi-lokasi kritikal seperti hospital, pusat dialisis semasa kerja-kerja penambahbaikan loji dilakukan.

Bagi pengguna komersial, mereka boleh membuat pembelian air di 2 stesen pengisian yang ditetapkan dengan harga RM2.28 per cubic metre dan boleh membuat pembayaran di 10 kaunter khidmat pelanggan Air Selangor.

Senarai lengkap kawasan terjejas gangguan bekalan air boleh disemak di laman sesawang Air Selangor, apps dan Facebook Page Air Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge