kejayaan farm fresh

“Kuda Dah Mati, Turunlah Jalan Kaki”.

Hari ini, kesan sampingan kepada penularan pandemik Covid-19 makin jelas terasa. Paling terkesan adalah ekonomi negara. Pelbagai usaha dan bantuan diberikan oleh negara dan institusi kewangan untuk menjana pendapatan negara dan rakyat khususnya. Namun, ianya masih belum mencukupi untuk mengekang isu pekerja diberhentikan oleh majikan atau bisnes terpaksa ditutup.

Kami tertarik dengan perkongsian seorang usahawan susu hebat yang berjaya bangkit selepas kecundang sebelum ini.

Perkongsian beliau patut dibaca dan dihadam oleh setiap orang terutama yang bergelar usahawan dan sedang bertarung dengan cabaran ekonomi hari ini.

Kisahnya, sebelum ini saudara Azmi pernah bergelut dengan krisis ekonomi diri sendiri. Dalam keadaan sebegitu, ada sahabatnya, Loi mencadangkan dia untuk menjadi seorang jurujual (promoter).

Namun, sifat malu sangat tebal dalam dirinya. Ye la kan, umur dah 44 tahun, kebanyakan rakan-rakan di sekeliling ada yang dah jadi pegawai tinggi dan pemilik perniagaan yang berjaya.

Malu kalau-kalau terjumpa dengan rakan-rakan lama atau rakan-rakan anak dan isteri.

Namun, nasihat daripada Loi telah merubah hidup saudara Azmi sepenuhnya hari ini.

Nasihat Loi

Kuda dah mati. Turunlah berjalan kaki. Mustahil untuk kuda itu hidup kembali bro. Kalau tunggu pun, kuda itu akan jadi bangkai busuk. Orang lain boleh datang bagi macam-macam idea. Bagilah CPR, bagi juga vitamin atau viagra pun, even jumpa bomoh kuda pu, tapi tak mungkin kuda itu akan hidup balik. Semua itu untuk sedapkan hati bro. Jawapan dia senang sahaja. Budak kecil pun tahu. Jalan kaki sajalah~

Disebabkan cerita kuda ini, syarikat saudara Azmi iaitu Farm Fresh semakin berkembang maju.

Mereka bermula di pasar tani dan pasar malam tetapi hari ini, mereka gah di kaca-kaca TV dan pasaraya besar di seluruh negara.

Strategi perniagaan mereka berjaya membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.

Bayangkan jika saudara Azmi tidak turun dari kuda itu dan terus memberi pelbagai alasan, apakah beliau akan berjaya seperti hari ini?

Kami di Lima Minit sangat suka membaca coretan kisah perjalanan pemilik Farm Fresh ini. Sangat memberi inspirasi kepada golongan muda terutama orang Melayu.

Kami doakan jenama Farm Fresh akan terus berkembang maju. Tahniah!

Sumber: FB Azmi Zainal

11 Replies to ““Kuda Dah Mati, Turunlah Jalan Kaki”.”

  1. Ah I see! Betul. Kalau dah xboleh gerak satu punca rezeki, cari lah punca rezeki lain. Malu2 ego2 kena tepis utk survival.

  2. I see! Memang betul nasihat ni. Bila satu benda tak jalan kena cari jalan yg lain. Xboleh harapkan satu sumber dengan masih lagi ego, malu dan tak nak keluar dari safe zone.

    Sbb tu usahawan mcm En Azmi ni boleh sukses!

  3. Yaaa ada baca kisah ni sebelum ni dari kawan Sis yang menjual FF gak… positif sangat pemikiran dia hingga berjaya hingga ke harini…dan Sis gak adalah salah seorang yang jadi pelanggan setiap bulan beli sedozen FF mini hehehehe

  4. Memang betul apa yang dikongsi nie. If there’s a will, there’s a way. Tapi ramai yang tak jumpa will mereka sebab terlalu tenggelam dengan perasaan sendiri

  5. Usaha selagi mampu. Akan bertemu dengan kejayaan. Jangan sesekali beruputus asa. Kagum juga dengan kejayaan farm fresh. Kini antara jenama yang terkenal di pasaran. Tabik ‼️

  6. Sungguh memberi inspirasi betul.. bangga anak melayu berjaya dan punya nama gah di kaca tv dan pasaraya besar.. bukan semua orang boleh jadi macam ni kalau tak usaha lebih..

  7. Wah! Saya berasa sungguh terinspirasi dengan kisah ini… berusaha tanpa mengenal erti perit-jerih sehingga berjaya… memang terbaiklah… semoga terus berjaya ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge