isarb shah mencabul

YouTuber iSarb Clan Ditahan

Video yang dimuatnaik di saluran Isa iSarb dan iSarb Clan yang lain sentiasa menarik perhatian ramai. Mereka menjadi idola ramai pembuat video YouTube baru yang sedang meningkat naik.

Namun, minggu ini masyarakat dikejutkan dengan penahanan seorang YouTuber terkenal berasal dari Kelantan kerana dituduh mencabul seorang wanita.

Menurut dari laporan Harian Metro,  Youtuber tersebut berusia 22 tahun dan merupakan seorang pengarah dan penerbit drama di saluran Youtube-nya. Difahamkan wanita tersebut adalah pelakon dalam drama pendek arahan saspek.

Baca: Tips Menaikkan Views Video YouTube

isarb shah ditahan

Betul ke YouTuber iSarb Shah Ditahan?

Pertama kali berita tentang penahanan YouTuber ini keluar di saluran berita utama, muka YouTuber ini di’blur’kan. Namun, hasil carian Jabatan Netizan, mendedahkan YouTuber terkenal yang ditahan itu merupakan anak buah kepada Youtuber No 1 Malaysia Isa Isarb iaitu iSarb Shah. Namun, dia kenyataan rasmi daripada Isa lagi.

Ada yang mendakwa kebenaran iSarb Shah ditahan apabila laman Instagram miliknya dengan jumlah pengikut seramai 225 Ribu, diserbu dengan ribuan komen tanpa satu pun dibalas oleh Shah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kejadian tersebut berlaku di sebuah inap desa bertempat di Kubang Kerian, kira-kira pada bulan Ogos lepas. Kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja selesai penggambaran drama YouTuber itu.

Cabul dan Beronani

Mangsa cabul iSarb Shah yang berusia 24 tahun, membuat laporan polis pada hari Jumaat yang lepas.

Baca: Isarb Shah Disingkirkan Daripada Isarb Clan

“Saya tak dirogol, tapi dia sexually harrassed saya dan cuba untuk merogol. Tapi saya tak ingin. Dia cuba untuk buka seluar baju saya tapi tak dapat. And then dia pegang saya kuat gila tangan dan kaki (guna kaki dia) dan lanca* atas saya. Malu aku nak cerita Allahu”- mangsa cabul YouTuber terkenal.

Laporan itu menyatakan suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa sebelum melakukan onani dan melepaskan air mani ke muka ketika mangsa berseorangan di sebuah bilik tidur di tempat kejadian.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Buat masa ini, tiada pendedahan identiti suspek oleh pihak polis.

6 Replies to “YouTuber iSarb Clan Ditahan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge