Pelakon YouTube Didakwa Buat Laporan Palsu Kononnya Dirogol
Semalam tular di media sosial tentang seorang pelakon drama pendek YouTube telah didakwa buat laporan palsu kononnya dirogol.
Namun, kami pasti kes ini tiada kaitan dengan salah seorang iSarb Clan yang ditahan kerana didakwa mencabul pada pertengahan bulan lepas. Kes kali ini, pelakon Youtube tersebut didakwa ‘dirogol’ bukannya ‘dicabul’.
Pelakon drama pendek YouTube, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan serta membuat laporan palsu kononnya dirogol, Disember lepas.
Bagaimanapun Nor Hafizah mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Pertuduhan Pertama
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan dengan melaporkan dirinya dirogol lelaki berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Pengkalan Chepa sekitar jam 3 petang pada 19 Disember lepas.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan Kedua
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memberikan maklumat palsu kepada anggota polis mendakwa dirinya dirogol oleh dua lelaki dengan niat supaya mereka dikenakan tindakan.
Kesalahan itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian pada jam 12.08 malam pada 20 Disember lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amurda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam Riduan Ismail.
Namun Riduan dalam rayuannya meminta ikat jamin yang minimum kerana anak guamnya merupakan seorang suri rumah selain perlu menjaga empat orang anak berusia 10, lapan, tiga dan dua tahun.
“Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi negara kini berdepan dengan penularan wabak Covid-19.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM1,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 21 Febuari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Takde Masalah Cari Masalah
Terdahulu, pernah kecoh kisah seorang dai selebriti ditahan kerana didakwa merogol dan seorang Youtuber juga ditahan kerana dituduh merogol.
Mungkin pada masa itu, ramai yang ingin join ‘the hype’ lalu tanpa berfikir panjang ingin turut ‘spill the tea’ dengan membuat laporan palsu.
Berfikirlah dahulu sebelum bertindak. Mungkin ramai tidak tahu prosedur apabila pengadu membuat laporan polis tentang dirinya dicabul atau dirogol. Orang yang kena tuduh tidak akan terus ditangkap. Pihak polis akan melakukan siasatan dengan memanggil kedua-dua belah pihak. Pada masa itulah akan terbongkar sama ada dakwaan dirogol atau dicabul itu betul atau tidak.
Jadi, sebelum meneruskan tindakan, berfikirlah sedalam-dalamnya.
Macam-macam hal. Bahana buat laporan palsu, memang akan menyusahkan hidup. Nanti susah kalau menangis berpanjangan, kan Laila…
Geng Borak recently posted…7 Mitos Tentang Durian
ssh nk nilai sape btl sape salah..kdg² yg berduet selalu betul wlpn sbnrnya salah..kdg² sebaliknya
Zul Muhammad recently posted…Bisa Kala Jengking Termahal Berharga RM157 Juta