aktiviti semasa PKP 2.0

Cara Mohon CIMS 3.0 di Website Miti Untuk Syarikat Beroperasi Semasa PKP.

Syarikat di bawah kategori Perkhidmatan Perlu (Essential Service) dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 Yang perlu dilakukan hanyalah memohon kebenaran untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang tempoh PKP ini.

Kami pasti kebanyakan syarikat sudah mendaftar CIMS 2.0 semasa PKP pertama tahun lepas.

Mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan rasmi MITI sebelum ini, tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP 2.0.

Berikut ialah cara untuk login dan download surat notifikasi pengesahan pendaftaran:

  1. Layari laman web rasmi MITI di sini: https://notification.miti.gov.my
  2. Kini anda berada di bahagian Log Masuk Pemohon CIMS 3.0
  3. Pastikan ini adalah CIMS 3.0 dan bukan CIMS 2.0
  4. Kami andaikan anda sudah mendaftar untuk Log Masuk. Jika belum, ikuti cara daftar seperti di atas.
  5. Masukkan Emel
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Klik Log Masuk
  8. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam Dashboard CIMS 3.0an pendaftaran yang boleh dimuat turun mulai 12 Januari 2021 bermula jam 3.00 petang.

Cara daftar CIMS 3.0 2021

Berikut ialah cara buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi bagi mana-mana syarikat layak sahaja. Kami sarankan anda buat pendaftaran terlebih dahulu.

Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran dan permohonan CIMS 3.0, boleh rujuk video rasmi dari MITI seperti di bawah:

Daftar dan mohon CIMS 3.0 untuk PKP 2.0

Ini adalah ringkasan dari video di atas.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempohari menggunakan CIMS 2.0, anda boleh terus masukkan Email dan Kata Laluan untuk login.

Walau bagaimanapun, jika ingin mendaftar baru, sila ikuti panduan di bawah:

  1. Layari laman web rasmi MITI di sini https://notification.miti.gov.my
  2. Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 3.0
  3. Akan ada paparan berikut:
    • PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
    • APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
  4. Jika belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, klik Daftar  terlebih dahulu
  5. Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
    • SOP dan Protokol yang Am
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
    • SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
  6. Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
  7. Isikan Nama Penuh
  8. Isikan Email
  9. Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Masukkan Kata Laluan sekali lagi
  12. Pilih dan isikan maklumat salah satu sahaja:
    • No Lesen Pengilang
    • No Pendaftaran SSM
    • No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
  13. Tekan Daftar
  14. Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
  15. Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk video YouTube di atas tadi

Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan Beroperasi

Tida semua jenis industri boleh beroperasi semasam PKP 2.0 ini.

Anda boleh membuat semakan Perkhidmatan Perlu di foto yang kami kongsikan di bawah ini.

Jika syarikat anda tersenarai di dalam Perkhidmatan Perlu anda bolehlah meneruskan permohonan kebenaran operasi syarikat.

Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang memohon untuk beroperasi, sistem MITI menjadi sangat perlahan. Ada kalanya, tidak dapat diakses.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas, sila berehat seketika dan cuba lagi pada waktu bukan puncak seperti tengah malam.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan MITI login ini akan memudahkan lagi urusan perniagaan anda.

#staysafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge