jin ganggu solat

Jin Yang Suka Kacau Ketika Solat

Khusyuk dalam solat. Sangat subjektif. Para ulamak turut mempunyai beberapa pendapat dalam memberi makna “Khusyuk”.

Definisi khusyuk oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah:

Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri. Ibn Al-Qayyim juga turut menyatakan pendapat tokoh ulama tasawuf iaitu Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).

Definisi khusyuk oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah:

Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).

khusyuk

Khanzab Suka Ganggu Orang Bersolat

Ada berpendapat, ada jin yang sangat suka orang Islam bersolat. Nama dia KHANZAB. Kerja jin ni memang untuk buat orang Islam tak khusyuk solat, bagi kita khayal waktu solat dan buat kita lupa rakaat solat.

Ada yang pernah berhadapan dengan issue tak khusyuk dalam solat?

Paling kerap terjadi ketika solat adalah was-was pasal kentut ke tak ni? Lepastu mula nak khayal, buat kita teringat roadtax kereta hidup ke tak lagi. Tak keluar tak beli kicap lah! Air paip dah tutup ke belum. Argh lupa pulak nak reply chat! Dan bermacam perkara duniawi yang ketika d luar solat, takde pun kita nak fikirkan tentang hal tersebut!

Nabi SAW ada pesan: Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau. Kalau tak ada tu, si khanzab punya kerja. Kalau teringat benda luar tu pun, si khanzab punya kerja.

Baca Juga: Amalan Jana Pahala Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat

Bila kita tak khusyuk solat, tapi mulut kita duk terkumat-kamit baca bacaan solat, si khanzab ni bukan main dia gelakkan kita.

Cara Usir Jin Khanza Daripada Ganggu Solat:

  1. Baca doa ta’awwuz أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.” Pastu tiup ke kiri tiga kali. Allah pun menghilangkan was-was syaitan dariku. (HR muslim no.2203)
  2. Baca Ayatul Kursi 1X
  3. Baca Surah An-nas 1X

Cara Mencari Khusyuk Dalam Solat

Sebenarnya banyak cara mendapat kekhusyukan semasa mengerjakan solat. Antaranya:

1# Sentiasa Ingati Mati

Lumrah sikap manusia, bila ingat mati, barulah nak berusaha untuk buat yang terbaik dalam amal ibadah.

اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ

Maksudnya: Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan mempeelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).

Riwayat Al-Baihaqi dalam Kitab Al-Zuhd

2# Tertib Dalam Mengerjakan Solat.

Tertib di sini bermaksud melakukan setiap rukun dan gerakan dalam solat secara terkawal dan tidak tergopoh-gapah. Tenang tenang. Terutama di dalam rukuk dan sujud, sebaik mungkin lakukan dengan penuh thoma’ninah (ketenangan).

 أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْهِ السَّلاَمَ فَقَالَ ‏”‏ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ 

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.

Riwayat Al-Bukhari (793)

3# Mengetahui Makna Bacaan Dalam Solat

Solat merupakan masa seorang hamba berhadapan dengan Allah SWT. Segala bacaan ayat di dalam solat perlulah difahami dengan baik kerana al-Quran itu sendiri merupakan kalamullah. Jadi, dengan menghayati dan memahami makna-makna bacaan di dalam solat, anda yang sedang bersolat akan lebih khusyuk dan seronok.

Sungguhpun pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat, ianya menjadi MAKHRUH jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat.

Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayatilah intipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir daripada kekhusyukan jiwa, kerendahan hati, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Allah.

Kami berdoa supaya Allah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Allah menerima segala amalan soleh yang kita lakukan

One Reply to “Jin Yang Suka Kacau Ketika Solat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge