
Cawangan Pertama ElewsMart Kini Dibuka. Cawangan Lain Bakal Menyusul
Tahniah kepada Ustaz Ebit Lew kerana hasratnya untuk membuka pasaraya yang menjual barangan dengan harga tersangat mampu milik telah terlaksana.
Cawangan pertama ElewsMart telah dibuka di Bandar Baru Bangi pada 18 Julai lepas. Cawangan kedua pula dibuka di TTDI Grove Kajang pada 19 Julai.
Seperti jangkaan kami, orang ramai berpusu hadir memberi sokongan kepada pendakwah bebas yang terkenal dengan aktiviti membantu mereka yang tidak bernasib baik di seluruh Malaysia.

10 Cawangan ElewSmart
- ELEWSMART Bandar Baru Bangi
- ELEWSMART TTDI Grove Kajang
- ELEWSMART Cyberjaya
- ELEWSMART Prima Sri Gombak, Batu Caves
- ELEWSMART Plaza KLTS Gombak
- ELEWSMART Dataran Villa Putra, Sg. Buloh
- ELEWSMART Pelangi Square, Petaling Jaya
- ELEWSMART Seksyen 22, Shah Alam
- ELEWSMART Taman Subang Perdana, Shah Alam
Cerita Pembukaan Elewsmart
Ustaz Ebit Lew mendapat ilham untuk membuka pasaraya yang menjual barangan dengan harga murah kerana ingin membantu lebih ramai orang. Ilham ini tercetus lebih kurang sebulan yang lepas.
Berkat doa ayah dan insan-insan lain, Pasaraya Elewsmart berjaya beroperasi dalam masa sebulan selepas mendapat idea ini.

Membuka sebuah pasaraya bukanlah perniagaan yang main-main. Perlukan perancangan dan sokongan pasukan yang terbaik. Terdahulu, pihak Nestle telah membantu pihak Ustaz Ebit Lew berkongsi ilmu tentang sistem pengurusan gudang untuk dipraktik di gudang Elewsmart.
Selain tawaran harga murah di Elewsmart, setiap cawangan mereka juga menyediakan Food Bank, iaitu makanan percuma buat mereka yang memerlukan. Hebat dan mulia sungguh strategi Ebit Lew. Itu belum dikira lebih 100 peluang kerja yang terwujud, asbab kepada pembukaan pasaraya Elewsmart ini.
Kami doakan usaha murni Ustaz Ebit Lew ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada semua insan. Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha pembukaan cawangan lain dipermudahkan urusan.
Saudaraku, Murah.
