vandalisme

Potong Tangan Mereka Yang Conteng Mural Pemimpin Malaysia!

“Potong saja tangan mereka yang menconteng Mural Pemimpin Malaysia!”

Begitulah luahan rakyat Malaysia yang kecewa dengan si pelaku yang menconteng mural di sebuah bangunan di kawasan komersial Taman Cahaya Alam, Seksyen U12. Mural ini memaparkan wajah-wajah pemimpin Malaysia yang disayangi dan dikagumi rakyat Malaysia.

Mural itu baharu sebulan siap terlukis!

Lukisan mural yang dilaporkan telah diconteng dengan perkataan-perkataan kesat dengan semburan cat berwarna merah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Conteng Mural Oleh Rakyat Malaysia Sendiri?

Ada perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh rakyat Malaysia atau rakyat luar? Kami pasti, ianya angkara rakyat Malaysia! Kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa lokal – bab, bangsat dll.

Mural yang memaparkan gambar YDPA, Perdana Menteri, Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia diconteng ini telah tular di media sosial sejak pagi tadi.

Sehingga kini, tiada tangkapan dibuat yang melibatkan individu yang bertanggungjawab terhadap perbuatan ini.

Mural ini telah dicat semula dengan warna putih oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 12.10 tengah hari tadi dengan kawalan pihak polis.

Pada pendapat kami, perbuatan tidak bermoral, tiada akal, tak waras atau hati hitam begini amat sukar dimaafkan.

Apakah hukuman yang patut dikenakan kepada individu yang menconteng mural ini dengan bahasa kesat sebegitu?

  1. Bayar denda
  2. Penjara
  3. Buang negara
  4. Potong jari
  5. Pamerkan muka penconteng mural di banner sepanjang jalan

Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005

Semoga individu yang melakukan vandalisme seperti ini akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal. Ini bukan perkara main-main. Tindakan boleh diambil mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 sekiranya didapati mana-mana pihak melakukan vandalisme.

Nota: Lukisan mural ini dihasilkan oleh tiga sekawan iaitu Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli, dan Muhamad Firdaus Nordin. Mural ini menjadi perhatian ramai dan pernah menerima kunjungan pemimpin kerajaan termasuklah YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah .

One Reply to “Potong Tangan Mereka Yang Conteng Mural Pemimpin Malaysia!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge