suami Youtuber masakan

Sebab Suami YouTuber Terkenal Ditahan. Tak Masuk Akal!

Siapakah suami YouTuber masakan terkenal yang ditahan polis kerana dituduh memukul isteri?

Menurut laporan Harian Metro, pasangan suami isteri yang memiliki saluran YouTube yang popular dalam masa singkat itu dikatakan telah bergaduh di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh. Pergaduhan berlarutan ke esok hari sehingga suaminya pergi ke hospital tersebut mencari adik isterinya.

Mabuk dan Pukul

Pada masa itu, lelaki tersebut berada dalam keadaan mabuk dan memukul isterinya apabila tidak dapat menjumpa adik isterinya. Lelaki itu cuba memasuki wad di hospital tersebut dengan memegang sebilah sabit.

Lelaki tersebut telah ditahan reman selama 3 hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz telah mengesahkan kejadian itu.

Punca Suami YouTuber Pukul Isteri?

Suami kepada Youtuber S.Pavithra, En. Sugu dikatakan berang apabila isterinya tidak menyebut namanya ketika menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh baru-baru ini. Adoyai, takkanlah disebabkan sebab ‘bo**h’ macam ni pun nak pukul isteri bagai? Tak masuk akal. Atau mungkin disebabkan Sugu berada dalam keadaan mabuk?

Sebelum ini, pasangan YouTuber ini telah berpindah keluar daripada perumahan di estet setelah berjaya menjana pendapatan lumayan dengan konten masakan di YouTube.

Dugaan Ketika Berada Di Ambang Kejayaan

Diharap ujian yang sedang menimpa kehidupan pasanagan YouTuber ini dapat diselesaikan dengan baik. Daripada pemerhatian kami dari konten YouTube mereka, pasangan ini mempunyai hubungan yang baik tanpa masalah rumahtangga.

Mungkin ini ujian kehidupan yang terpaksa mereka hadapi ketika berada di ambang kejayaan. Bukan senang hendak senang. Apa salahnya terus berkasih sayang seperti masa kehidupan seperti masa susah dahulu.

Nota Kaki: Sebelum ini kami pernah kongsikan Rahsia Sugu Pavithra berjaya membina satu saluran YouTube yang menjadi tontonan ramai dalam masa yang singkat.

3 Replies to “Sebab Suami YouTuber Terkenal Ditahan. Tak Masuk Akal!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge