Lesen Finas

YouTuber Pun Kena Ada Lesen Finas?

Penerbit filem atau drama perlu ada lesen daripada Finas adalah prosedur biasa sebelum menayangkan sebarang bentuk filem atau drama. Itu umum mengetahuinya.

Bagaimana pula dengan syarat seorang Youtuber atau TikTokers perlu mendapatkan lesen Finas sebelum memuatnaik sebarang filem pendek di media sosial mereka? Perlu ke YouTuber atau ‘digital influender’ mendapatkan lesen Finas sebelum menyiarkan konten video mereka?

Atau anda yang ingin memuatnaik video anak tengah main dengan kucing di Instagram juga perlu memiliki lesen terlebih dahulu?

Ini soalan yang bermain di fikiran pengamal media individu seperti YouTuber, Instagrammer, Tiktok sejak pagi ini.

Persoalan ini berbangkit selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah membuat pernyataan, mereka yang menerbitkan filem adalah WAJIB memohon Lesen Pengeluaran Filem dan SPP. Syarat ini tertakluk kepada pengamal media arus perdana dan juga pengamal media individu.

Tujuan syarat ini dikenakan bagi memantau semua aktiviti rakaman bagi menjaga perkembangan industri perfileman negara selaras dengan Akta Finas 1981.

Untuk makluman, Finas mengeluarkan lesen kepada pemain industri perfileman:

  1. Lesen Pengeluaran Filem/Video
  2. Lesen Pengedaran Filem/Video
  3. Lesen Pemameran Filem/Video

Tak Masuk Akal YouTuber “Baru Nak Up” Perlu Bayar Lesen Finas!

Berapa harga lesen Finas itu? Daripada perkongsian yang kami baca, untuk mendapatkan lesen ini, pembikin video perlu mendaftar syarikat dan memohon lesen dengan anggaran kos keseluruhan (paid capital) boleh mencecah sehingga RM50 Ribu. Apa??!! Bukan Lima Puluh Ringgit gais!!..

Jika betul semahal ini kos diperlukan untuk lesen tersebut, pasti ramai tidak bersetuju kerana kebanyakan yang memuatnaik video hanya sekadar suka-suka atau mahu menjana pendapatan sampingan.

Dan pasti, industri konten kreatif yang sedang diperjuangkan oleh Sofyank, Syahmi Sazli, Jinny Boy TV, Isa Isarb, Sugu Pavithra dan ramai lagi akan terkubur begitu sahaja akibat kekangan tak masuk akal sebegini.

Baca: Rahsia YouTuber Naikkan Views Dengan Headline

Pengamal media sosial individu berbeza dengan pengamal filem arus perdana yang menerbit filem atau drama da menjana pendapatan jutaan ringgit. Ibarat si ikan jerung dengan ikan bilis!

YouTuber Malaysia

Kerajaan Seharunya Menyokong Usaha Rakyat

Kerajaan seharusnya menyokong usaha rakyat marhaen yang berusaha menghasilkan konten kreatif video berkualiti tinggi untuk menjana pendapatan melalui platform media sosial. Juga harus diingat, media sosial diwujudkan sebagai platform bebas oleh individu tertentu untuk kegunaan orang ramai.

Lagi pun, berapa je duit yang mereka dapat dengan penghasilan video-video biasa ini. Berapa kerat je yang betul-betul mewah buat duit dengan YouTube? Majoriti hanya memperolehi pendapatan yang cukup makan atau sebagai wang saku tambahan setiap bulan.

Atau kerajaan lebih suka anak Malaysia melepak dan hanya menunggu bantuan sara hidup setiap bulan??

Diharap keperluan perlesenan dari Finas untuk content creator kecil-kecilan di Malaysia, dapat dikaji semula oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia demi kesejahteraan hidup bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge