cara jadi mangsa scam

Kena Scam Dengan Pihak Telco, Ini Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan.

Menurut laporan The Star, 7 pekerja syarikat telekomunikasi telah ditahan kerana didakwa menerima rasuah daripada pihak sindiket dengan mendedahkan data peribadi pelanggan-pelanggan perkhidmatan mereka.

Sindiket atau scammer telco yang telah menjalankan operasi haram selama 5 tahun ini dipercayai telah mengaut keuntungan jutaan ringgit tanpa pengetahuan pelanggan sebenar perkhidmatan telekomunikasi.

Suspek-suspek ini telah dihadapkan ke hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim untuk ditahan reman selama 4 hari.

Cara Scam Oleh Pihak Telco

Modus operandi mereka adalah menghantar kandungan SMS berbayar kepada pengguna telco di seluruh negara tanpa disedari oleh pelanggan telco tersebut. SMS yang dihantar oleh pihak scammer ini dikenakan caj antara 50 sen sehingga RM4.

Sasaran utama scammer ini adalah pengguna perkhidmatan pra-bayar (prepaid) kerana caj tersebut tidak tertera di bil bulanan mereka.

scammer telco

Kredit Foto: BERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Seterusnya, sindiket ini akan membuat tuntutan kepada syarikat telekomunikasi sebagai biaya perkhidmatan. Ini bermakna mereka memperolehi keuntangan dari kedua belah pihak, baik pengguna dan syarikat telekomunikasi.

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Bila Kena Scam

Jadi, jika anda kena scam dengan pihak telco, anda perlu membuat aduan di https://aduan.skmm.gov.my ATAU https://www.mcmc.gov.my/ms/make-a-complaint/make-a-complaint .

Biar pihak berkuatkuasa yang mengambil tindakan selanjutnya.

Scam Telco

Tips Elak Jadi Mangsa Penipuan Scam SMS

  1. Jika anda mendapat SMS dengan pautan tertentu, jangan klik link tersebut.
  2. Padam sahaja SMS yang mencurigakan sebaik sahaja anda menerimanya.
  3. Jangan memuat turun pautan aplikasi yang diterima melalui SMS. Pautan sebegini dikhuatiri mengandungi Malware atau Spayware yag mungkin berpotensi mendedahkan butiran peribadi anda.
  4. Jangan dedahkan data peribadi, nombor 3 digit di belakang kad kredit atau Password anda melalui SMS.
  5. Hubungi pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda atau terus pergi ke kaunter pertanyaan mereka jika anda berterusan menerima panggilan atau SMS yang mencurigaikan.

Tindakan Yang Perlu Diambil Sekira Sudah Menjadi Mangsa Scam

Sekiranya anda tidak bernasib baik iaitu sudah tertipu dengan pihak sindiket, apa yang perlu anda buat? Bertenang.

Langkah terbaik apabila anda menyedari sudah menjadi mangsa penipuan scammer, terus hadir di mana-mana balai polis berhampiran. Buat laporan polis supaya tindakan atau siasatan lanjut dapat dijalankan.

Tanpa laporan oleh pihak mangsa, pihak berkuasa tidak dapat menjalankan siasatan sewajarnya. Seterusnya memberi peluang kepada pihak scammer untuk terus melakukan aktiviti haram mereka.

2 Replies to “Kena Scam Dengan Pihak Telco, Ini Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge