rakyat Bangladesh ditangkap

Rayhan Kabir Akan Diusir Keluar Dari Malaysia. Contoh Terbaik “Kerana Mulut Badan Binasa”

Akhirnya, Rayhan Kabir, rakyat Bangladesh yang membuat onar dengan tuduhan karut tentang kerajaan Malaysia mencegah penularan Covid-19 ditangkap.

“Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua”. Selepas 2 minggu Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan risikan dan buruan, Rayhan dikesan di Setapak Kuala Lumpur. Rayhan berjaya ditangkap oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya.

Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Iindera Khairul Dzaimee Bin Daud, warga Bangladesh itu akan diusir keluar dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya.

Pandangan Rakyat Malaysia Tentang Rayhan Kabir.

Bak kata pepatah Melayu, “Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa” sangat sesuai dikaitkan dengan kisah Rayhan Kabiri ini. Mungkin Rayhan tidak terfikir pun kesan buruk yang bakal menimpanya semasa melakukan temubual dengan piha Al-Jazeera.

Mungkin juga, hati dan perasaan Rayhan ketika itu terlalu sedih melihat sahabatnya terperangkap dan dikurung. Lalu, menokok tambah cerita untuk menarik simpati warganet dunia.

Walhal, layanan yang diterima dari pihak berkuasa adalah baik dan adil.

“Terlajak Perahu Boleh Diunder, Terlajak Kata Buruk Padahnya”. Pepatah ini juga boleh dijadikan iktibar kepada semua pengguna media sosial hari ini. Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan.

Berfikirlah dengan lebih panjang terlebih dahulu sebelum mengulas atau memberi komen yang berbaur perkara sensitif.

Kerana, sesaat selepas anda memuat naik perkara sebegini, ramai piha yang menanti untuk ‘printscreen’ dan bakal diulang sebar tanpa belas kasihan.

Tahniah kepada pasukan yang terlibat demi membersihkan nama Malaysia di mata dunia. Terima kasih. #staysafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge