
Video Di Youtube Sugu Pavithra Dipadamkan. Duit Tidak Boleh Beli Bahagia.
Dalam temubual sebaik sahaja suami kepada YouTuber masakan, Pavithra dibebaskan daripada tuduhan mencederakan isteri, mereka ada menyatakan hasrat untuk berehat seketika dan mahu hidup seperti orang biasa. Mereka juga ingin meneruskan hidup seperti sebelum ini dan hanya ingin fokus kepada penghasilan video YouTube sahaja.
Ramai berpendapat, kehidupan mereka berubah dalam sekelip mata selepas video-video masakan di saluran YouTube Sugu Pavithra menjadi tular menyebabkan hidup mereka tertekan.

Pasangan suami isteri ini juga menolak untuk menerima Anugerah Ikon Bandaraya Ipoh kerana berpendapat lebih ramai insan hebat lain layak menerimanya.
Apa-apa pun tanggapan orang ramai, hanya mereka berdua sahaja yang tahu sebab sebenarnya.
Hasrat pasangan ini untuk berehat seketika difahami oleh banyak pihak. Pada fikiran kami, mereka hanya berhenti untuk menghasilkan video-video terbaru selepas ini sehingga selesai kemelut yang dihadapi oleh mereka. Namun, ternyata fahaman kebanyakan orang adalah tidak tepat.
Sugu Pavithra Padam Semua Video YouTube
Semalam, semua video-video di saluran YouTube Sugu Pavithra telah dipadamkan.
Jika anda ke saluran Youtube mereka yang mempunyai 787 ribu pengikut ini, kesemua video dengan kutipan ratusan ribu tontonan telah hilang.

Perkara ini mengejutkan ramai peminat saluran Youtube ini yang terdiri daripada pelbagai golongan tidak kira bangsa, agama, umur, dalam dan luar negara.
Siapa yang mengeluarkan semua video konten di saluran YouTube mereka? Atau ada sesorang yang meng’hack‘ dan memusnahkan semua aset mereka? Atau mungkin berlaku kesilapan teknikal dalam pengurusan saluran mereka? Atau suami kepada Pavithra yang mengambil tindakan memadamkan kesemua video saluran YouTube mereka?
Ini antara persoalan yang bermain di fikiran peminat mereka sejak semalam.
Tiada pihak yang berjaya menghubungi pemilik saluran YouTube ini lagi.
Sebab Sugu Pavithra Padam Video YouTube
Sehingga saat ini, orang ramai hanya boleh menganggap sebab mereka me’reset’ saluran YouTube adalah kerana ingin memutarkan kembali masa ke saat di mana hidup mereka lebih bahagia sebelum menjadi terkenal.
Mungkin ada yang tidak memahami kenapa mereka terpaksa melalui saat sebegini. Walhal mereka sepatutnya lebih bahagia hari ini kerana mempunyai duit yang lebih banyak berbanding semasa kehidupan mereka sebelum ini.
Jika ini adalah anggapan anda terhadap kehidupan mereka, mungkin anda perlu merenung kembali pepatah Melayu, “Duit tidak boleh beli kebahagiaan…”
Semoga En. Sugu dan Puan Pavithra dapat menyelesaikan isu kemelut peribadi mereka dengan baik dan terus memeriahkan industri YouTube Malaysia.
Hari tu ada terbaca dah mula up balik videonya. Harap-harap kali ini semuanya baik-baik belaka, tanpa ada gaduh-gaduh.
Saiful recently posted…105 Template Headline PADU. Salin dan Pinda Ikut Keperluan.