Jangan Risau. Tiada Sekatan Rentas Negeri Sepanjang Aidiladha 2020!
Kerisauan orang ramai tentang sekatan rentas negeri dilaksanakan semula berakhir petang ini apabila Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkannya sebentar tadi.
Tiada sekatan perjalanan sepanjang Cuti Hari Raya Aidiladha ini. Balik kampung sempena Hari Raya dibenarkan tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
SOP Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban
Tiada sekatan perjalanan tidak bermakna rakyat perlu ambil ringan SOP yang dilaksanakan.
- Individu yang masih dalam proses Home Quarantine atau bergelang pink tidak dibenarkan sama sekali keluar rumah apatah pagi pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Menerima tetamu di rumah kuarantin mereka juga tidak dibenarkan.
- Pihak kerajaan mengehadkan bilangan binatang korban tidak melebihi 10 ekor dalam satu-satu masa.
- Proses penyembelihan digalakkan dilakukan di pusat penyembelihan dengan kebersihan tempat dititikberatkan.
- Hanya 2 orang dibenarkan untuk proses penyembelihan, pemotongan dan pembersihan binatang korban.
- Hanya 20 orang tetamu dibenarkan berkunjug ke rumah dalam satu-satu masa. pada Hari Raya Aidiladha.
- Penganjur ibadah korban tidak dibenarkan membuka tapak jamuan makan atau kenduri. Digalakkan untuk membungkus makanan dan diagih-agihkan.
Kerajaan dah menyediakan SOP yang terbaik untuk dituruti oleh rakyat Malaysia.
Sekarang, bergantung kepada kita untuk terus mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Tak susah pun untuk ikut dan laksanakan SOP yang ditetapkan. Kuasa di tangan kita semua untuk mencegah penularan Covid-19.
Kita masih belum menang. Kita masih perlu jaga kita.
Buat masa sekarang, hanya 3 langkah ini yang terbaik untuk mencegah penularan Covid-19.
- Pakai pelitup muka di tempat awam atau di khalayak ramai.
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun. Amalkan penggunaan sanitizer jika tiada sabun.
- Amalkan jarak yang selamat. Lebih 1 meter antara satu sama lain.