penerbangan dibatalkan

Di Malaysia, 169,728 Penerbangan Domestik dan Antarabangsa Dibatalkan Sejak Januari hingga Jun Akibat Pandemik Covid-19.

Setengah tahun pertama tahun 2020, siapa sangka sebanyak 169,728 penerbangan telah dibatalkan di Malaysia. Jumlah yang mengejutkan ini merangkumi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Kami hanya tahu tentang fakta industri penerbangan ini selepas terbaca muatnaik status seorang pemuda di Facebook yang turut dikenali sebagai The Aviator, Ikhwan Fahmi.

Menariknya, The Aviator berkongsi bermacam-macam fakta tentang Aviation Industri. Jom kita belek-belek fakta lain tentang industri penerbangan ini di dalam dan luar Malaysia.

Delta Airlines menyediakan 5,000 unit makanan sehari untuk penumpang kelas ekonominya. Ini juga fakta menarik yang kami ketahui dari muatnaik status di Facebook beliau.

Jika disusuri jalur masa laman Facebook The Aviator ini, banyak fakta menarik yang mungkin kali pertama anda mengetahuinya. Kami percaya, beliau telah melakukan ‘study’ tentang kesahihan fakta sebelum memuatnaik sebarang info.

Ada fakta yang dimuatnaik bersifat ‘general knowledge‘ yang seronok untuk kita ketahui. Contohnya, makanan dalam kapal terbang disediakan seawal 10 jam sebelum dihidang pada penumpang. Ada waktunya ia disediakan 72 jam awal dan dibekukan. Ada juga makanan yang disediakan 5 hari awal dan dibekukan. Ia masih selamat untuk dihidangkan kepada penumpang.

“Owh..” ini respon yang selalu kami ungkapkan sebaik sahaja membaca fakta-fakta menarik yang baru kami ketahui.

Kenangan Pahit Manis Dalam Industri Penerbangan

Tuan Ikhwan Fahmi juga ada berkongsi tentang kenangan-kenangan atau kejadian yang patut kita ingati selamanya.

Contohnya, 17 Julai 2014, tarikh di mana kita kehilangan MH17 pesawat Boeing 777, milik syarikat Malaysia Airline. Pesawat malang ini ‘hilang’ bersama 298 nyawa di dalamnya.

Mungkin tragedi ini masih segar diingatan kita, mungkin ada yang sudah hampir melupakannya.

Untuk pengetahuan bersama, Malaysia Airlines dahulunya dikenali dengan Malayan Airways Limited yang ditubuhkan pada 1937.

Ilmu Teknikal Industri Penerbangan

Selain itu, perkongsian yang melibatkan ilmu teknikal dalam industri penerbangan juga menjadi konten utama beliau.

Antaranya, bagaimana kapal terbang kurangkan kelajuannya?

Salah satu kaedah untuk memperlahankan kelajuan kapal terbang menerusi flap. Flap yang terletak di belakang sayap ini akan digerakkan ke bawah semasa mendarat. Spoiler yang terletak di atas flap juga akan dinaikkan bagi memperlahankan pesawat.Selain itu, reverse thruster akan diaktifkan untuk memperlahankan pesawat sebaik sahaja pesawat menyentuh landasan.

Dan berapakah kelajuan kapal terbang semasa berlepas? Jawapannya ialah 260 km/j sehingga 290 km/j, bergantung pada berat muatan yang dibawa.

Untuk pengetahuan kita bersama, semasa terbang di udara, suhu di luar kapal terbang berada pada paras -51°C.

Perbezaan Makan Di Dalam Kapal Terbang

Pada anda yang pernah ada pengalaman menaiki kapal terbang, anda pasti merindui santapan hidangan semasa di dalam pesawat. Walaupun hanya nasi lemak!

Tahukah anda, semasa berada 30,000 kaki di udara, tekanan kabin pesawat akan menurun. Lidah penumpang akan mula kurang sensitif pada rasa manis dan masin sebanyak 30%.

Masa itu makan nasi lemak mungkin rasa tawar. Jadi, makanan dalam pesawat disediakan dengan lebih garam dan perisa untuk menjaga selera penumpang . Owh..ini semua kami ketahui kerana aktif ‘scroll down’ jalur masa Facebook The Aviator.

Syarikat Penerbangan Paling Tak Selamat Di Dunia

Walaupun prosedur menerbangkan sebuah kapal terbang antara prosedur paling ketat di dunia, tidak bermakna semua syarikat menyediakan servis paling selamat. Dengan penarafan 1 bintang, Nepal Airline dikategorikan sebagai tidak selamat di dunia.

Berdepan dengan kemalangan 2010, 2013 dan 2014 memburukkan lagi imej syarikat ini.

Nepal Airlines turut dilarang untuk terbang ke Kesatuan Eropah. Mungkin sebab itu ramai orang Nepal di Malaysia.

Ini hanyalah sebahagian fakta yang dikongsikan di Facebook The Aviator tersebut. Banyak lagi fakta menarik yang dikongsikan di sana. Jadi, anda boleh membaca sendiri di Facebook yang kami kongsikan di atas.

2 Replies to “Di Malaysia, 169,728 Penerbangan Domestik dan Antarabangsa Dibatalkan Sejak Januari hingga Jun Akibat Pandemik Covid-19.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge