perhimpunan di kompleks mahkamah

DS Najib Razak dan Penyokong. Sudah Terang Lagi Bersuluh.

Hari ini, keputusan yang ditunggu-tunggu sudah pun diputuskan. Bekas Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah ke atas 7 pertuduhan pecah amanah yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 Juta.

Keputusan ini dibuat selepas Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berpuas hati dengan kegagalan pihak pembelaan membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman Penjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta.

Hukuman yang dijatuhkan terhadap bekas Perdana Menteri bukan satu jumlah yang sedikit. Mampukah DSN menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di ketika usia hari ini?

Manakala untuk bayaran denda RM210 Juta, agak mustahil untuk seorang bekas Perdana Menteri memiliki sejumlah wang sebegitu.

Kita anggarkan gaji Perdana Menteri sebanyak RM100,000 sebulan atau RM1.2 Juta setahun. Kami rasa dah terlebih banyak anggaran ini. Takpe, kita kira terlebih dahulu.

Beliau perlukan tempoh selama 175 tahun untuk mengumpul pendapatan sebanyak RM210 Juta (RM1.2Juta X 175 tahun = RM210 Juta!).

Namun, ini hanyalah anggaran kami. Duit boleh dikembangkan atau digandakan tanpa had sekiranya anda tahu cara kembangkan duit.

Kami pasti, walaupun angka denda itu dilihat mustahil, pihak Najib Razak pasti ada cara untuk mengumpul dan membayarnya.

Apa-apa pun, keputusan mahkamah telah pun diketahui.

Apa Cerita Penyokong DS Najib Razak Ni?

Yang masih belum diketahui adalah hasil aktiviti penyokong DS Najib Razak di perkarangan mahkamah hari ini.

Aktiviti apa? Mereka dilihat berkumpul tanpa mempraktikkan penjarakan sosial dan SOP lain yang sepatutnya dipatuhi.

Hasil apa? Dikhuatiri bermulanya kluster baru penularan Covid-19. Kluster Keputusan Najib.

Yang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bukanlah sedikit bilangannya. Bukannya 3,4 orang.

Tetapi sangat ramai dan dikhuatiri mencetuskan kluster baru dalam kes positif penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Ulas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bak kata pepatah ‘Sudah Terang Lagi Bersuluh‘ Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada asas SOP, iaitu penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan seperti tidak diambil peduli oleh mereka yang terlibat.

Kredit Gambar FAUZI BAHARUDIN – Utusan.com.my

Kecewa dan Sedih

Ternyata Dr Noor Hisham sangat kecewa dan sedih dengan tindakan penyokong DS Najib Razak yang bagaikan tiada kawalan kendiri.

Kekecewaan Hero Malaysia ini turut dirasai oleh majoriti rakyat Malaysia. Sedih, geram, bengang dan marah, semuanya bercampur baur di dalam hati apabila melihat gambar penyokong-penyokong tegar ini berkumpul.

Ramai yang bimbang tercetusnya kluster baharu daripada satu perhimpunan di luar kawalan hari ini.

Diharap kebimbangan ini tidak direaliti dalam peningkatan kes positif jangkitan Covid-19 pada minggu hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge