Moratorium Dilanjutkan. Berita Baik Kepada Mereka Yang Memerlukan Kemudahan Ini.
Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelanjutan Moratorium sehingga akhir tahun ini kepada golongan sasaran yang memerlukannya.
Moratorium yang merupakan antara bantuan kerajaan kepada rakyat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah nilai moratorium yang diberikan setakat 20 Julai 2020 adalah sebanyak RM59 Billion. Kemudahan ini berjaya memberi manfaat kepada 7.7 juta rakyat Malaysia yang merangkumi 93% peminjam individu.
Isi Kandungan Lanjutan Moratorium
#1 Kerajaan melanjutkan moratorium dan bantuan bank kepada golongan sasar selama 3 bulan. Golongan sasar adalah golongan yang benar-benar memerlukan bantuan ini.
#2 Keutaaman diberikan kepada individiu yang kehilangan pekerjaan dan kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik kali ini.
#3 Syarat utama permohonan moratorium kali ini ialah individu yang kehilangan pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baru.
#4 Sementara itu, bagi individu yang masih bekerja tetapi pendapatan mereka terjejas atau berkurangan, bayaran ansuran boleh dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji bergantung kepada jenis pinjaman.
#5 Bagi SME dan mereka yang bekerja sendiri, boleh memohon untuk membayar faedah sahaja atau menstruktur semula bayaran balik pinjaman.
7 Ogos Mula Memohon Lanjutan Moratorium
Permohonan lanjutan boleh dilakukan bermula 7 Ogos 2020. Moratorium akan dilanjutkan selama tempoh 3 belum.
Diharap dengan pengumuman ini, Makcik Kiah, Pakcik Li dan lain-lain dapat menarik sedikit nafas lega selepas ini. Setidak-tidaknya boleh membantu mereka yang memerlukan moratorium ini untuk mengurangkan kos bayaran setiap bulan sementara menanti saat perniagaan atau ekonomi diri kembali pulih.
Yang paling penting, anda semua perlu meneruskan pengamalan norma baru demi kesihatan kita. Pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial sejauh 1 meter.
Semoga penularan Covid-19 di negara kita dapat diputuskan dan kita semua bebas nanti. Kita jaga kita.
One Reply to “Moratorium Dilanjutkan. Berita Baik Kepada Mereka Yang Memerlukan Kemudahan Ini.”