youtuber isa isarb

Video Terbaru Isa Isarb Buat Ramai Mengalirkan Air Mata

Jika ditanya, saluran YouTube mana yang selalu kami layan hari ini dan kenapa?

Jawapan kami semestinya saluran YouTube Isa Isarb. Bukan kerana kami mata duitan. Ye la kan, Isa YouTuber tu selalu ‘tabur duit’ sebagai konten utama video.

Tidak, bukan sebab itu, tetapi kami melihat pengajaran dan pembelajaran yang lebh mendalam dalam setiap konten YouTube yang disampaikan.

Kami yakin, kerana sebab inilah, setiap video terbaru mereka mendapat jumlah tontonan yang sangat tinggi dalam masa singkat.

Contohnya, video terbaru mereka dengan caption “Surprise peminat, pergi depan rumah” berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 700 ribu selepas tidak sampai 1 hari dimuatnaik di saluran YouTube beliau.

Isa Isarb Kejutkan Peminat Cilik

Dalam video terbaru di saluran Isa Isarb, semasa trip ke Pulau Pinang, Isa menerima satu DM daripada peminat. Isa telah membalas DM tersebut dah meminta alamat rumah. Tanpa disangka, peminat tu membalas balik dengan berkongsi alamat rumahnya.

Isa mendapat idea secara spontan untuk pergi ke rumah di alamat tersebut tanpa mengetahui siapa peminat tersebut. Setelah diterjah, pemilik DM tersebut adalah seorang kanak-kanak. Peminat cilik Isa ini gemar bermain game dan turut mempunyai saluran YouTubenya sendiri.

Memandangkan peminat itu menggunakan smartphone ibunya untuk membuat video YouTube, sekali lagi Isa mendapat idea untuk belanja peminatnya smartphone yang lebih baik. Isa membawa peminat itu ke kedai telefon jenama Vivo dan membeli smartphone yang terbaik dan paling mahal.

Isa turut menghadiahkan adik kepada peminat ciliknya sebuah smartphone. Bukan itu sahaja, Isa turut belanja ibu dan bapa peminat tu sebentuk cincin emas dan goldbar.

Wow! Dalam pada dia ‘membazir’ duit dengan membeli smartphone, Isa turut ‘mengajar’ kanak-kanak tersebut tentang menghormati & menghargai ibu bapa. *menangis.

Belum tentu kita yang berpendapatan tetap setiap bulan akan turut menghadiahkan ibu bapa kita ‘sesuatu’ setiap kali kita membeli ‘kehendak’ yang kita hajati.

Tips Isa Isarb Menjadi YouTuber Berjaya

Jika anda menonton video terbaru Isa ini sampai habis, ada terselit beberapa tips yang disampaikan kepada ‘King’ cilik ini.

Tips ini boleh dijadikan panduan untuk YouTuber baru yang ingin berjaya seperti Isa.

  1. Jangan berhenti buat video walaupun tidak memperolehi views yang tinggi.
  2. Jangan berhenti belajar. Belajar dan terus belajar. Cara edit, cara buat thumbnail, cara edit caption, cara buat headlines. Sekurang-kurangnya setiap hari buka YouTube dan tengok video “How To Be A YouTuber”

Baca: Rahsia YouTuber Naikkan Views Dengan Headline

Sebenarnya, untuk menjadi YouTuber yang sentiasa dihormati oleh penonton, bukan sekadar perlu mahir dari segi teknikal semasa mengendalikan saluran YouTube.

Tetapi, anda juga perlukan beberapa kemahiran hidup untuk lebih berjaya.

#1 Hormat Orang Lain

Kita melihat contoh Isa sebagai YouTuber yang berjaya. Walaupun beliau berpendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan, tetap sikap menghormati orang lain terutama yang lebih tua sentiasa ada.

Perhatikan sahaja sikap beliau yang tunduk hormat dengan bahasa yang lebih sopan semasa bertemu dengan ibu kepada peminat cilik beliau. Isa juga dilihat menghormati pihak berkuasa tanpa menggunakan bahasa kasar semasa dihalau dari Jambatan Pulau Pinang.

#2 Pendapatan Diperolehi, Dikembalikan

Tidak akan jatuh miskin seseorang yang sentiasa bersedekah amal jariah. ‘No wonder‘lah ada yang membuat kenyataan YouTuber Isa Isarb ini adalah seorang Genius YouTube di Malaysia. Lebih banyak Isa memberi, terbukti semakin banyak kejayaan yang diperolehi.

#3 Merendah Diri

Menjadi seorang YouTuber berjaya atau influencer yang dikenali ramai menerusi platform media sosial, sikap merendah diri amatlah dituntut. Kami pasti, penonton lebih gemar menonton video seorang YouTuber yang sentiasa ‘humble’ daripada mereka yang sombong, bongkak dan angkuh.

Video Yang Buat Ramai Mengalirkan Air Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge