Cara Tebus ePENJANA Dengan Touch’N Go eWallet
Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tidak melebih RM100,000 setahun, boleh menebus RM50 kredit di bawah inisiatif ePENJANA bermula hari ini, 31 Julai 2020.
Mengikut Menteri Kewangan Malaysia, individu yang layak ditentukan menerusi rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Objektif utama ePENJANA adalah untuk membantu rakyat berbelanja menggunakan pembelian tanpa tunai.
Bila Boleh Tebus RM50 ePENJANA?
Anda yang layak boleh menebus RM50 bermula 31 Julai sehingga 24 September 2020.
Nilai RM50 yang dikreditkan mesti digunakan sebelum 11.59 malam, 30 September 2020. Baki yang tidak digunakan akan terhapus secara otomatik selepas berakhirnya waktu yang ditetapkan.
Wajib Daftar App MySejahtera
Selain syarat umur dan pendapatan sebagai kelayakan menebus RM50 kredit ini, individu yang memohon juga perlu mendaftar aplikasi MySejahtera.
Aplikasi MySejahtera perlu dimuatturun dan maklumat perlu diisi dengan betul. MySejahtera digunakan untuk mengesan kontak Covid-19.
Selepas butiran peribadi anda disahkan, anda boleh memohon penebusan RM50 kredit ePENJANA di tiga eWallet yang telah ditentukan.
Untuk menebus RM50, anda boleh menebus di:
- Touch ‘N Go eWallet
- GrabPay
- Boost
Kali ini, kami akan berkongsi cara menebus RM50 ePENJANA menggunakan Touch ‘N Go eWallet.
Cara Tebus RM50 Kredit ePENJANA Guna Touch ‘N Go eWallet.
Untuk menebus RM50 ePENJANA menggunakan Touch ‘N Go , anda hanya perlu ke aplikasi Touch ‘N Go eWallat. Di paparan utama, anda perlu memilih ‘Claim Now’ sebelum anda dibawa ke paparan seterusnya.
Paparan kedua merupakan FAQ untuk program ini. Anda perlu memilih kotak “I agree to the Term & Condition” menandakan anda bersetuju dan memahami tentang ePENJANA ini. Kemudian tekan “Claim Now!“
Di paparan ke-3, anda perlu memastikan butiran peribadi anda di eWallet ini adalah sama dengan MyKad anda. Perbezaan butiran diri boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Apabila aku sudah memastikan segala butiran diri adalah tepat, pilih “Yes, Submit Now“
Kini, permohonan penebusan ePENJANA anda sudah diterima. Kelulusan penebusan akan diketahui dalam masa 5 hari bekerja, anda sudah mendaftar dan mengesahkan butiran di MySejahtera. Butiran diri di app MySejahtera adalah sama seperti butiran diri di eWallet ini.
Status Penebusan RM50 ePENJANA.
Anda boleh menyemak status penebusan anda di bahagian Profile Wallet dan pilih Inbox. Anda juga akan mendapat notifikasi tentant status permohonan anda.
Jadi, pastikan anda sudah mengaktifkan butang notifikasi di peranti anda.
Terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa membantu rakyat.
Nilai RM50 mungkin kecil bagi sesetengah individu. Namun, percayalah, ada individu yang sangat memerlukan RM50 itu untuk meneruskan kehidupan dalam masa yang serba mencabar hari ini.