sebab pening kepala

Sebab Pening Kepala Selepas Makan Daging. Bukan Sebab Tinggi Kolestrol!

Sejak semalam, hidangan daging di meja makan menjadi lauk-pauk utama di meja makan. Ini adalah situasi biasa ketika Hari Raya Aidiladha. Umat Islam yang berkemampuan melakukan ibadah korban akan mengorbankan binatang berkaki empat. Contohnya lembu, kambing atau kerbau.

Ada bahagian daging korban ini dimakan sendiri oleh mereka yang melakukan ibadah korban, dan ada juga yang diagihkan kepada mereka yang layak. Jadi, tidak hairanlah setiap waktu makan sejak semalam mempunyai menu daging seperti sup daging, daging goreng, singgang daging dan kari daging. Serba-serbi daging!

Ada individu yang mengambil inisiatif dengan tidak terlalu mengambil hidangan daging dalam kuantiti yang banyak. Tindakan sebegini diambil kerana risau tekanan darah naik atau kolestrol naik menyebabkan pening kepala selepas makan daging.

Tetapi, betul ke makan daging boleh menyebabkan pening kepala?

Kami kongsikan sedikit fakta yang dikongsikan oleh Dr. Hafiz Sulaiman.

Tidak Semua Pening Kepala Selepas Makan Daging Akibat Kolestrol Tinggi.

#1 Faktor Daging

i. Alahan Tyramine

Tyramine adalah bahan saraf yang terhasil apabila makanan terdedah dalam tempoh lama.

Tyramine boleh sebabkan tekanan darah meningkat, seterusnya anda akan mengalami sakit kepala seperti migrane.

Antara makanan yang tinggi tyramine adalah daging lama, cheese lama, organ hati ayam dan pisang.

Perlu anda ingat, lebih lama makanan tersebut terdedah, lagi tinggilah kandungan tyramine. Juga, lebih banyak kuantiti diambil, lebih banyak anda berisiko sakit kepala.

Jadi, kepada mereka yang mempunyai Alahan Tyramine, hadkan pengambilan makanan sebegini.

ii. Alahan Histamin

Badan menjadi lebih sensitif apabila anda mengambil makanan tinggi bahan saraf semulajadi histamin.

Kesannya, individu yang ada ekzema akan mengalami kulit kemerahan, individu yang ada angin GERD akan kerap sendawa dan kentut tak berhenti. Migrane juga menjadi lebih teruk.

Secara teori, bahan kimia dan logam berat di dalam makanan haiwan ini juga boleh mengganggu hormon dan meningkatkan histamin di dalam badan haiwan tersebut sekaligus memberi kesan kepada individu yang memakan haiwan itu.

Jadi, bukan sahaja makanan segar memberi manfaat kepada tubuh badan. Pilihan makanan organik adalah lebih baik.

Apa-apa, yang terpenting, apabila kita mengalami alahan sebegini, kawallah pengambilan supaya risiko kesan negatif akan dapat dihindari.

sup daging gearbox

#2 Keracunan Zat Besi

Daging adalah sumber zat besi yang terbaik dan senang didapati. Salah satu fungsi zat besi adalah untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Namun, pengambilan daging yang terlalu banyak juga sangat berisiko. Berisiko menyebabkan anda mengalami keracunan zat besi.

Keracunan zat besi boleh menyebabkan anda mengalami simptom gangguan saluran pernafasan, mual-mual, muntah, pening kepala, cirit-birit dan gelisah/resah.

Tahan Ketahanan Badan Manusia Berbeza.

  1. Ada orang tiada langsung masalah apabila mengambil daging dengan banyak. Mereka ini mempunyai perut yang mantap, tahap sentitif dan alahan yang rendah. Golongan ini mempunyai ‘perut tebal’ nenek moyang dulu-dulu.
  2. Ada orang mempunyai perut yang sangat sensitif. Walaupun hanya makan secubit, dah migrain. Sakit kepala yang amat. Berguling-guling, walhal kawan sebelah menelan daging korban sehingga berketul-ketul. Tiada kesan apa-apa pun.
  3. Ada orang selepas makan daging, kulit kemerahan akibat ekzema. Ini menyebabkan individu sebegini menjadi fobia untuk menjamah hidangan berdaging.

Baca: Petua Kurangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

Kesimpulan Tentang Makan Daging Sakit Kepala.

Daging tidak bersalah pun. Daging sememangnya mengandungi bahan kimia semulajadi yang boleh menyebabkan reaksi alahan.

Jadi, jalan penyelesaian pertama adalah pilihlah daging segar organik jenis free range iaitu lembu ‘kampung’ yang hanyak memakan rumput di tepi jalan atau tepian sawah.

Individu yang tebal perutnya dan tidak mempunyai apa-apa masalah alahan, mereka boleh mengambil daging tanpa mengira jenis pemakanan lembu tersebut.

Kesimpulannya, anda sendiri yang perlu fahami keadaan tubuh badan anda. Jika anda rasa atau dinasihati oleh doktor tentang alahan seperti di atas, hadkan pengambilan daging.

Masih ada lauk-pauk lain yang turut menyelerakan dan lebih selamat untuk anda makan kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge