kartel import daging haram

Aktiviti Syarikat Terlibat Kartel Daging Import Haram Sejak 40 Tahun Lepas??

Tindakan tegas akan diambil kepada Pemegang Permit Import (AP) yang terbukti bersekongkol dengan kartel daging import haram termasuk digantung lesen. Itu janji Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pihak berwajib kini sedang melakukan siasatan berhubung kartel daging import haram itu termasuk sekiranya terdapat pemegang AP dan penjawat awam terlibat. Siasatan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut Menteri KPDNHEP, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi, siasatan dijalankan di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Cara Kartel Daging Import Haram Beroperasi?

Menurut laporan News Straits Times, syarikat kartel daging import akan mendapat bekalan daging dari negara luar seperti Colombia, Ukraine, Uruguay, Spain dan Mexico. Bekalan daging adalah daripada pembekal tidak bersijil dan tidak disahkan.

Proses pensijilan ini terlepas pandang oleh pihak berwajib seperti JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Mereka membeli dengan harga 50 peratus lebih murah dari tempat penyembelihan yang memiliki sijil halan sah.

Selepas daging import ini tiba di Malaysia, kartel ini akan mencampurkan daging ini dengan daging yang disijilkan halal.

Apa yang mengejutkan banyak pihak, bekalan daging bukan sahaja daging lembu, tetapi melibatkan daging kangaroo dan kuda. Kualiti daging yang diimport sangat rendah dan tidak segar.

Baca Juga: Pening Kepala Selepas Makan Daging?

Tindakan Tegas Kepada Pihak Bersekongkol Dengan Kartel Daging Import Haram

“Pemegang Permit Import (AP) yang terbukti bersekongkol dengan kartel daging import haram akan dikenakan tindakan tegas termasuk digantung lesen” -Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

KPDNHEP bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain yang turut menyiasat kes ini dan tertumpu kepada salah guna cap dagangan atau logo perniagaan.

Isu kartel daging import haram ini tercetus selepas sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.

fake halal meat Malaysia

Syarikat kartel mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import.

Fokus siasatan ialah terhadap isu pemalsuan borang Kastam K1 iaitu pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah dalam kalangan agensi-agensi terlibat.

kartel daging import

Siapa Luluskan Penggunaan Logo Halal Oleh Kartel Haram Sejak 40 Tahun Lepas??

Walau ada yang mendakwa aktiviti kartel haram ini sejak 40 tahun yang lepas, namun kenyataan ini tidak dapat disahkan.

“Tidaklah ia sampai berlarutan sehingga 40 tahun (seperti didakwa), tetapi kita ambil tindakan dan (sama sekali) tidak pernah berkompromi selama ini,”-Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol Wahid.

Hmm.. ini mencetus kebimbangan pada umat Islam di negara ini yang berkemungkinan sudah termakan daging haram. Jika ianya tidak benar, “Alhamdulillah”. Jika sudah 40 tahun kartel haram ini menggunakan logo HALAL pada daging yang TIDAK HALAL, ianya amat mendukacitakan.

Para pegawai yang meluluskan ni bukan hanya makan harta haram untuk dirinya dan keluarganya malah memudaratkan pengguna muslim. Juga mengugat kepercayaan terhadap logo halal juga nanti. Kesannya bukan hanya pasaran lokal tetapi juga antarabangsa.

daging pasar

Kesan Domino Akibat Aktiviti Haram Kartel Daging Import

Isu kartel daging haram import dikhuatiri bakal mencetuskan kesan domino, termasuk peningkatan harga bekalan tempatan. Buat masa sekarang, pastinya orang ramai meragui sumber bekalan daging import yang dijual di pasaran.

Jadi, pengguna akan beralih kepada bekalan daging tempatan yang tidak dapat menampung permintaan semasa.

Apabila permintaan melebihi bekalan (Demand vs Supply), harga akan meningkat naik dengan mendadak. Ini pastinya akan membebankan pengguna secara langsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge