Cara Transfer Duit Dari Malaysia Ke Luar Negara
Jika sebelum ini (10 tahun lepas..) melakukan proses penghantaran duit ke luar negara adalah satu kerja yang merumitkan sama ada dengan pemindahan wang bank-ke-bank, money order atau cek. Tambahan pula, tidak semua tempat mempunyai kemudahan ini.
Kini, pemindahan wang dapat dilakukan di mana-mana bank atau tempat lain, dalam masa singkat, mudah dan lebih selamat.
Anda mungkin perlukan perkhidmatan pemindahan wang ke luar negara untuk sekali atau kerap kali melakukannya. Tidak kisahlah berapa kerap anda melakukan proses pemindahan wang, sebenarnya ada banyak cara memindahkan wang dengan caj servis yang lebih berbaloi.
Anda boleh melakukan transaksi atau pemindahan wang ke merata tempat di seluruh dunia dengan menggunakan penyedia perkhidmatan pemindahan wang dari Malaysia ke luar negara dengan mudah dan selamat. Contohnya menggunakan MoneyGram, Western Union, PayPal atau melalui “Telegraphic Transfer” bank.
Anda juga boleh menghantar wang, melakukan transaksi ke akaun peribadi atau memindahkan wang ke telefon bimbit orang lain ke seluruh dunia semudah ABC.
Baca Juga: Cara Keluarkan ASB Tanpa Perlu Ke Bank / Pejabat Pos
Cara Transfer Duit Dari Malaysia Ke Luar Negara
1# MoneyGram
MoneyGram menyediakan servis pemindahan wang ke luar negara antara terpantas di dunia. Dengan masa sekitar 10 minit diperlukan untuk memindahkan wang ke segenap lokasi di dunia. Sekiranya terdapat kesulitan, maksimum masa yang diambil hanya sekitar 3 hari.
MoneyGram mempunyai 350 Ribu ejen di 200 buah negara.
Anda boleh melakukan pemindahan wang sehingga USD10,000 (RM41,685) menggunakan MoneyGram dalam satu-satu masa.
5 Langkah Mudah Melakukan Pemindahan Wang Menggunakan MoneyGram:
- Langkah 1: Semak anggaran kos untuk pemindahan via MoneyGram’s online fee estimator
- Langkah 2: Pergi ke kiosn ejen. Boleh semak lokasi ejen MoneyGram di: MoneyGram’s agent locator
- Langkah 3: Isi borang Pemindahan Wang (money transfer) sebelum diserahkan kepada MoneyGram bersama dengan dokumen sokongan seperti salinan passport/MyKad atau Lesen Memandu. Serahkan wang yang ingin dipindah. Bayaran fi yang sepatutnya akan dikenakan.
- Langkah 4: Dapat resit perkhidmatan dan No Rujukan.
- Langkah 5: Maklumlah kepada penerima wang dan beri mereka No Rujukan.
Seterusnya, penerima perlu ke ejen MoneyGram, isi borang Penerimaah dan lengkapkan butiran diri. Apabila semua butiran ini disahkan, penerima akan menerima wang dalam bentuk tunai dengan jumlah yang dikirim.
Anda juga boleh sertakan pesanan sehingga 10 patah perkataan dan memilih matawang yang ingin dihantar. Anda juga boleh memindahkan wang menggunakan MoneyGram melalui CIMBcliks atau akaun Maybank2u.
2# Western Union
Western Union merupakan penyedia servis pemindahan wang yang paling popular di seluruh dunia.
Ejen berdaftar dianggarkan sekitar 515,000 di 200 negara di seluruh dunia. Western Union juga boleh digunakan di 100,000 mesim ATM dan kiosk di seluruh dunia. Transaksi melalui WU ini juga melibatkan 150 jenis mata wang.
Dengan Western Union, anda boleh memindahkan wang melalui 3 cara:
- In Person – lakukan transaksi di kiosk ejen Western Union
- Buat Secara Online & Collect Tunai di Kiosk – isi butiran yang diperlukan di website Western Union, dan pergi ke kiosn ejen untuk membuat pembayaran.
- Online Transfer – lakukan transaksi keseluruhan di atas talian (online)
Apabila anda menghantar wang, anda boleh memilih cara penerima menerima wang tersebut.
Di Malaysia, anda hanya boleh memilih ‘direct transfer’ ke akaun bank penerima atau menerima wang secara tunai di cawangan Western Union. Namun, di negara luar, mereka menawarkan transaksi pemindahan ke nombor smartphone sebagai pilihan alternatif.
Western Union diterima di kebanyakan bank di Malaysia, seperti Public Bank, RHB, Bank Rakyat, UOB, Agrobank, Hong Leong Bank, Ambank, Bank Muamalat dan Pos Malaysia. Anda boleh memindahkan wang ke luar negara menggunakan Western Union di salah satu bank tersebut.
Anda juga boleh mengesan status terkini transaksi anda menggunakan Track Money Transaction Progress yang disediakan di website Western Union. Transaksi mengambil masa antara 1 hari ke 5 hari waktu bekerja bergantung kepada bank dan lokasi.
3# PayPal
PayPal. Nama yang tidak asing bagi mereka yang selalu melakukan transaksi pembelian dari luar negara. Menggunakan Paypal merupakan satu cara yang paling mudah dan selamat untuk memindahkan wang ke luar negara.
Anda selaku penghantar hanya perlukan alamat email atau no telefon bimbit. Penerima juga perlukan akaun PayPal untuk menerima wang anda. Jika penerima tidak mempunyai akaun PayPal, mereka perlu mendaftar akaun PayPal secara percuma.
3 Langkah Mudah Membuat Transaksi Menggunakan PayPal:
- Langkah 1: Login akaun PayPal anda. Masukkan alamat email atau no telefon bimbit penerima.
- Langkah 2: Masukkan jumlah wang yang ingin dibayar
- Langkah 3: Penerima akan menerima notifikasi PayPal dalam masa singkat. Melalui akaun PayPal, anda dapat melihat status transaksi semasa. Penerima juga boleh memilih cara penerima duit mereka sama ada menggunakan akaun PayPal atau dipindahkan ke dalam akaun bank, kredit kad atau menerima cek daripada PayPal.
PayPal membenarkan anda menggabungkan semua jumlah transaksi di dalam satu akaun bagi membantu menguruskan penerimaan wang dengan lebih baik. Anda juga boleh ‘link’kan kad kredit atau debit ke akaun PayPal.
Sekiranya anda membuat pembelian, anda boleh membayar menggunakan akaun PayPal tanpa dikenakan cas transaksi. Sedikit cas transaksi akan dibayar oleh penerima (seller) untuk setiap jualan. Anda mungkin terpaksa menanggung sedikit perbezaan tukaran wang asing bagi transaksi yang melibatkan pembayaran ke luar negara.
Menghantar wang melalui PayPal adalah yang paling selamat kerana setiap transaksi akan dilindungi oleh enkripsi terkini dan dipantau 24 jam daripada penipuan.
Lebih menarik, apabila item atau servis yang dibeli tidak tiba atau item yang dipesan berlain dengan keterangan, PayPal akan membayar balik nilai keseluruhan yang dibeli termasuklah kos penghantaran. Tawaran menarik ini hanya melibatkan 26 negara sahaja.
4# Pemindahan Telegrafik Bank (TT Telegraphic Transfer)
Pemindahan Telegrafik / Telegraphic Transfer a.k.a TT melibatkan wire transfer, bank transfer, atau Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications (SWIFT). Asasnya, cara ini melibatkan pemindahan wang ke luar negara melalui sistem bank di mana akaun anda didaftarkan.
Anda akan dikenakan sedikit fi tambahan berdasarkan jumlah amaun yang dipindahkan. Fi Servis ini tidak sama antara bank.
Akaun Simpanan atau Akaun Semasa diperlukan untuk memboleh akses ke akaun online untuk melakukan TT. Anda juga perlu mengira nilai tukaran wang asing sebelum melakukan pemindahan wang. Nilai wang yang dipindahkan akan terus dipindahkan ke akaun penerima.
TT lebih selamat melalui jaringan SWIFT dan Transaction Authorisation Code (TAC). Untuk situasi ini, anda perlukan lebih butiran tentang penerima seperti alamat bank penerima, nombor akaun International Banking Account Number (IBAN) dan Kod SWIFT Bank. Jumlah yang boleh dipindahkan juga terhad bergantung kepada status kerakyatan anda.
Proses pemindahan tetap boleh dilakuakan dalam hari yang sama di antara jam 9.30 pagi dan 4.30 petang.
Cara Melakukan Pemindahan Telegrafik Bank (TT)
- Langkah 1: Login ke akaun online.
- Langkah 2: Di Menu, Pilih International Telegraphic Transfer. Setiap website bank berlaintan aturan Menu.
- Langkah 3: Istiharkan amaun yang ingin dipindahkan, status kerakyatan anda, tujuan pindahan dan hubungan anda dengan penerima.
- Langkah 4: Sediakan butiran yang diperluakan seperti nama penerima, alamat penerima, nama bank penerima, alamat bank penerima, kod SWIFT dan no IBAN.
5# Pos Malaysia
Dulu-dulu, penghantaran wang ke luar negara mengambil masa yang panjang jika menggunakan servis pos. Hm.. bukan ke luar negara sahaja, dalam negara juga sama.
Hari berganti hari, teknologi semakin berkembang dan lebih canggih., cara penghantaran wang juga lebih maju dan pantas. Tetapi, jika anda rindukan cara lama seperti membeli wang pos di pejabat Pos, ianya masih ada. Pergi sahaja ke pejabat pos dan minta staff uruskan penghantaran wang ke tempat yang lain.
Tidak semua cawangan Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran wang. Anda perlu menyemak terlebih dahulu senarai pejabat Pos yang sediakan servis sebegini. Sayangnya, legasi sebegini masih mengekalkan cara lama, tiada cara atas talian atau aplikasi telefon mudah alih.
Cara Penghantaran Wang di Pejabat Pos
- Langkah 1: Pergi ke Pejabat Pos yang menawarkan servis penghantaran wang.
- Langkah 2: Isi borang yang diperlukan dan buat pembayaran.
- Langkah 3: Dapat nombor Money Transfer Control Number (MTCN) dan hantar kepada penerima.
- Langkah 4: Penerima perlu ke pejabar Pos di negara mereka dan perlu mengisi borang penerimaan wang.
- Langkah 5: Penerima perlu menyerahkan borang yang lengkap diisi dan bukti identiti di negara mereka sebelum menerima wang.
Untuk makluman, pihak Pos turut menawarkan perkhidmatan Western Union. Pada kami, cara ini lebih mudah dan cepat untuk menghantar wang ke luar negara. Tetapi, terpulang kepada anda untuk memilih servis menghantar wang ke luar negara yang anda inginkan.
6# Valyou
Valyou juga adalah penyedia servis pemindahan wang secara digital. Cara pemindan menggunakan Valyou lebih kurang sama dengan MoneyGram.
Kelebihan Valyou ialah anda boleh memindahkan wang secara terus ke akaun e-wallet penerima (penghantar dan penerima perlu ada Valyou Mobile Wallet). Namun, cara ini hanya boleh digunakan di beberapa negara seperti Bangladesh, Cambodia, Nepal dan Pakistan. Mungkin rakyat mereka lebih ramai berkelana ke tempat orang
Valyou juga menawarkan servis penghantaran ke rumah di Vietnam. Yes, wang tunai akan dihantar ke pintu rumah penerima. Cara ini amat berguna kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank.
3 Cara Pemindahan Wang Ke Luar Negara Dengan Valyou:
- Penghantara/penerima perlu ke cawangan yang terdekat
- Melalui penghantaran atas talian
- Melalui akaun e-wallet Valyou
Tepuk Dada Tanya Selera
Sebenarnya banyak lagi syarikat yang menyediakan servis perkhidmatan wang ke luar negara. Pilihlah mengikut kesesuaian anda. Asalkan anda yakin wang anda akan selamat sampai di tangan penerima, anda mempunyai banyak pilihan dengan cas perkhidmatan yang berpatutan.
Pilih secara bijak, mudah, selamat dan memberi pulangan berbaloi untuk menghantar wang dari Malaysia ke luar negara
One Reply to “Cara Transfer Duit Dari Malaysia Ke Luar Negara”