dividen asb

Dividen ASB 2020: Kadar Pengagihan Pendapatan 4.25 Sen Dan Ehsan 0.75 Sen

Berikut kadar pengagihan pendapatan (Dividen ASB 2020) dan bonus Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Dividen ASB 2020 telah diumumkan seperti berikut:

dividen asb

Dividen ASB tahun 2020 adalah 4.25 sen se unit dan Ehsan ( sama seperti bonus?) ialah 0.75 sen se unit untuk pegangan 30,000 unit pertama. Ehsan ini diagihkan sempena sambutan ulang tahun ke 30 ASB.

Kadar dividen ASB 2020 adalah berdasarkan pengumuman terkini Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui sidang media pada Rabu, 23 Disember 2020.

Untuk maklumat Rekod Agihan Pendapatan ASB dari tahun 1990 – 2019.

Dividen ASB 2019: 5.00 sen seunit + 0.50 sen seunit

Cara Kira Dividen ASB:

  1. Pulangan ASB untuk 2018 terbahagi kepada 2 jenis iaitu Dividen & Bonus
  2. Pulangan ASB dikira dari purata baki minimun bulanan terendah.
  3. Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  4. BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
  5. BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  6. Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh.

Tentang Pelaburan ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia.

Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi membantu Bumiputera Malaysia dan menjana pulangan/lkeuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten.

ASB ni jugak dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana tu dah tetap dengan harga RM1.00. Selain itu, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tak akan dikenakan caj. 

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI, kesepakatan syariah telah pun dibuat dan hukum melabur dalam ASB adalah HARUS

3 Replies to “Dividen ASB 2020: Kadar Pengagihan Pendapatan 4.25 Sen Dan Ehsan 0.75 Sen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge