cara keluarkan duit asnb

Cara Keluarkan Duit ASNB Tanpa Perlu Ke Bank Atau Pejabat Pos.

Sedia maklum, proses simpanan dana unit amanah ASNB boleh dilakukan secara atas talian melalui portal myASNB. Namun, untuk cara keluarkan duit ASNB, anda perlu hadir ke pejabat pos atau mana-mana bank yang menyediakan urusan ASNB untuk mengeluarkan (withdraw) duit dengan menjual kembali unit pegangan.

Bermula 20 April 2020, pemegang unit boleh melakukan pengeluaran dalam talian (online withdraw) melalui portal myASNB, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020

Cara Keluarkan Duit ASNB Secara Atas Talian Melalui Portal myASNB.

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.

cara keluarkan duit ASNB
cara keluarkan duit ASNB
cara keluarkan duit ASNB
cara keluarkan duit ASNB
cara keluarkan duit ASNB
cara keluarkan duit ASNB
cara keluarkan duit ASNB
cara keluarkan duit ASNB

Selesai!

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit. Lihat video demo di bawah artikel ini.

Had Minimum & Maksimum Yang Dibenarkan?

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Kemudahan ini adalah PERCUMA sahaja.

Pemegang unit boleh mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian dari mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Waktu Urus Niaga Untuk Pengeluaran Secara Dalam Talian?

Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad* 
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*

(*kecuali cuti umum)
Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

Bolehkan Pengeluaran Dilakukan Melalui Portal Tanpa Mendaftar di Portal myASNB?

Tidak boleh. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Cara Mendaftar Portal myASNB.

Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my.

Rujuk artikel di sini berikut untuk cara-cara mendaftar myASNB.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Sebab Kebenaran Membuat Pengeluaran Secara Dalam Talian (Online)?

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan. 

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Sebab Pengeluaran Dihadkan Sebanyak RM500 Sebulan?

Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan terutama dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi semasa akibat wabak Covid19. Semoga dengan cara keluarkan duit ASNB yang lebih mudah dan pantas ini, membantu mereka yang memerlukan tunai di luar sana.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge