ASB Online

Cara Daftar Akaun ASB Secara Online

Ramai yang mengharapkan ASNB membenarkan pelabur baru membuka akaun ASB baru secara online tanpa perlu ke mana-mana cawangan. Namun, sehingga hari ini, ASNB masih belum mengumumkan cara buka akaun ASB yang baru secara online.

Untuk membuka akaun ASB baru, anda masih perlu ke mana-mana cawangan fizikal ASNB seperti Pejabat Pos dan bank-bank terpilih untuk membuka akaun baru ASB. Kemudian anda boleh mendaftar portal myASNB untuk memudahkan urusan lain yang melibatkan duit di dalam akaun ASB.

Di bawah ini, kami kongsikan beberapa cara untuk membuka akaun ASB.

Tentang Portal myASNB

Sedia maklum, portal myASNB tidak berfungsi untuk membuka akaun baru. Selepas anda memiliki akaun ASB, barulah anda boleh mendaftar portal ini.

Setakat hari ini, portal myASNB hanya terhad untuk membantu anda melakukan pemeriksaan baki akaun ASB , ataupun untuk membuat transaksi lain seperti menambah duit pelaburan.

Secara ringkasnya, anda boleh mendaftar akaun di portal myASNB dengan syarat sudah bukan akaun ASB terlebih dahulu di cawangan ASNB, Pejabat Pos atau mana-mana bank terpilih.

Pengguna baru mengharapkan portal ASN ini dapat dilengkapi dengan urusan pembukaan akaun ASB baru. Ianya tidak mustahil untuk pihak ASNB menyediakan cara ini kepada pengguna, seiring dengan perkembangan teknologi di Malaysia.

Nak tahu cara membuka akaun ASB secara manual ?

Mudah sahaja. teruskan membaca di bahagian bawah ini untuk buka akaun ASB secara manual.

Baca: Cara Keluarkan Duit ASNB Tanpa Keluar Ke Bank atau Pejabat Pos

#1 Cara Buka Akaun ASB Di Kaunter ASNB

Ini cara buka akaun ASB yang paling digemari ramai. Anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan ASNB ( senarai cawangan ASNB )untuk mendapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF). Seterusnya, anda perlu isi borang ini:

  1. Bawa borang ini ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang sah seperti di atas. Kad pengenalan anda juga diperlukan dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih. Pelaburan untuk setiap tabung unit amanah,serendah RM10 sahaja.
  2. Anda juga perlu fotostat borang ASNB DF ini sebelum anda menghantar ke cawangan atau ejen ASNB. Buat juga salinan untuk kad pengenalan anda.
  3. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit. Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

Cara untuk mendaftar akaun Remaja/Bijak :

  1. Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB yang sah. Isi borang tersebut, kemudiann buat salinan (fotostat)
  2. Sertakan kad pengenalan pemohon yang juga adalah anak anda. Sekiranya anak anda belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahirannya. Dokumen ini perlu disertakan Salinan.
  3. Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar. Buat salinan untuk kad pengenalan anda.
  4. Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  5. Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
  6. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

Anda juga boleh mendapatkan borang ini secara online di laman web http://www.asnb.com.my/asnbv2_3services.php#pendaftaran.

#2 Cara Daftar Akaun ASB di Pejabat Pos

Tahukah anda, bahawa anda juga boleh membuka akaun ASB anda di Pejabat Pos?

Hal ini kerana pejabat pos di Malaysia merupakan ejen yang sah kepada ASNB. Jadi, anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF di mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia.

Setelah mendapatkan Borang Pendaftaran ini, lakukan langkah-langkah untuk buka akaun ASB seperti di bawah:

  1. Isi Borang Pendaftaran (ASNB DF) tersebut.
  2. Fotostat setiap helaian borang ini, dan buat juga salinan kad pengenalan anda.
  3. Bawa borang ini ke mana-mana pejabat pos yang berdekatan. Bawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  4. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
  5. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan.
  6. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit.

Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

Cara untuk buka akaun ASB Remaja/Bijak pula seperti di bawah:

  • Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di pejabat pos. Buat juga salinan pada borang tersebut.
  • Sertakan kad pengenalan pemohon yang juga adalah anak anda. Sekiranya anak anda belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahirannya. Dokumen ini perlu disertakan salinan.
  • Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar. Buat salinan untuk kad pengenalan anda.
  • Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  • Ambil nombor giliran, kemudian apabila giliran anda tiba, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
  • Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

#3 Register ASB, open new account di Maybank

Anda juga boleh mendapatkan borang ASNB DF di mana-mana bank terpilih yang ada di Malaysia.

Bank-bank ini juga merupakan ejen yang sah kepada ASNB.  Bank-bank ini ialah:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB Bank
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic
  • Affin Bank
  • Bank Muamalat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • POS Malaysia
  • Bank Islam
  • Affin Islamic

Dalam situasi ini, kami kongsikan panduan pendaftaran, iaitu cara daftar akaun ASB di Maybank sahaja. Cara ini sama sahaja dengan bank-bank lain yang disenaraikan seperti di atas.

  1. Pergi ke Maybank atau mana-mana bank yang berdaftar sebagai ejen ASNB seperti yang terkandung dalam senarai di atas.
  2. Dapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF.
  3. Anda akan diberi pilihan daripada pihak bank untuk melabur menggunakan simpanan anda sendiri, ataupun membuat pinjaman daripada bank tersebut untuk membuat pelaburan, dengan syarat terdapat pembayaran yang perlu dibuat secara bulanan sekiranya anda memilih untuk membuat pinjaman.
  4. Isi borang tersebut dan buat salinan pada borang tersebut serta salinan untuk kad pengenalan anda.
  5. Bawa borang ini ke bank tersebut.
  6. Bawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  7. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
  8. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan.
  9. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Kesimpulan daripada perkongsian ini adalah; untuk membuka akaun ASB kali pertama, anda perlu ke Cawangan atau Ejen ASNB seperti Maybank, Pos Malaysia, CIMB Bank dan RHB Bank dll.

Tiada perbezaan jika anda membuka akaun ASb di CIMB atau Maybank. Kedua-dua bank ini merupakan ejen ASNB yang sah.

Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak memberi pengetahuan tentang cara buka akaun ASB.

InsyaAllah dengan amalan menabung di ASB, anda akan menikmati keajaiban “Magic of Compounding” yang selalu dinikmati oleh pelabur jangka masa panjang yang sabar.

One Reply to “Cara Daftar Akaun ASB Secara Online”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge