mohon PERMAI 2021

PERMAI 2021 : Pakej Bantuan Khas Bernilai RM 15 Billion

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan inisiatif bantuan terbaru kerajaan iaitu Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, turut dikenali sebagai Pakej Bantuan PERMAI 2021.

Tiga matlamat utama Pakej Bantuan PERMAI 2021 ialah:

  1. Memerangi wabak Covid-19
  2. Memulihkan kebajikan rakyat
  3. Menyokong kelangsungan perniagaan

Tentang Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021

  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Ketelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui Jawatan Kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.
  • Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam PKS
  • Hospital swasta setuju terima dan rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.
  • Sehingga 13 Januari, lebih 3 juta permohonan iSinar telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.
Program Bakul Makanan
Program Bakul Makanan
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021.
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.
  • PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac 2021.
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
iSinar
Pendahuluan RM1000 iSinar
  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.
  • Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.
  • Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.
  • Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus.
  • Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir
  • RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut
  • Rebat elektrik semua sektor dua sen satu KWj.

One Reply to “PERMAI 2021 : Pakej Bantuan Khas Bernilai RM 15 Billion”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge