Cara Mohon Dan Semak Status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 adalah inisiatif terbaru kerajaan bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) . Terdapat 4 kategori terkini bantuan BPR ini termasuklah isi rumah dan bujang.
Ketika diumumkan isi kandungan BPR 2021 ini, penambahbaikan dari segi kadar bantuan dan kategori BPR dilakukan bagi menggantikan BSH. Bantuan Prihatin Rakyat 2021 menyaksikan umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun ke atas. Isi rumah yang mempunyai anak lebih 2 orang juga akan mendapat bantuan lebih banyak berbanding bantuan BSH sebelum ini.
Rakyat Malaysia yang layak semestinya ramai yang ingin mengisi borang permohonan bantuan BPR 2021.
SYARAT KELAYAKAN BPR 2021
Kategori Kelayakan Bagi Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Terdapat 4 kategori yang layak menerima bantuan beserta kadar bantuan yang tertentu iaitu:
1. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,800 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
2. Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000
Jumlah bantuan : RM800 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
3. Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000
Jumlah bantuan : RM500 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM750 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
4. Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM350 (Mestilah berumur 21 tahun ke atas)
Kriteria Kelayakan Bagi Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori
seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
b) Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
c) Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
ii. Bujang
Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (Permohonan Baru)
Bagi Penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 yang telah lulus, hanya perlu membuat kemaskini maklumat secara atas talian (online) atau manual menggunakan borang
Manakala, bagi mereka yang layak (pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah) tetapi tidak pernah menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 sebelum ini ATAU mereka di senarai di bawah ini perlulah membuat permohonan baru BPR 2021:
- Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
- Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM (Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM)
Mohon BPR 2021 Secara Online
- Layari portal BPR: https://bpr.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
Mohon BPR 2021 Secara Manual Melalui Borang
Untuk memohon secara manual, Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my/Download/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Borang boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Dokumen Sokongan Permohonan BPR 2021
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan)
yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :
i. Pemohon:
a) Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Negeri / JPN; atau
b) Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
atau
c) Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d) Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan
oleh Mahkamah
e) Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a) Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
atau
b) Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a) Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
b) Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) perlu diisi
semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM
ATAU boleh memuatnaik ke sistem BPR semasa permohonan secaradalam talian.
Dokumen sokongan yang boleh digunakan sebagai pembuktian status
perkahwinan:
i. Kad nikah; atau
ii. Sijil Lahir Anak
Cara Membuat Kemaskini BPR 2021
Jika semakan permohonan di portal BPR 2021 telah wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, pemohon tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, permohon perlu membuat permohonan baharu.
- Log Masuk ke Portal BPR 2021
- Klik Permohonan Baru dan Masukkan No. IC
- Log Masuk ke MyBPR untuk tindakan kemaskini BPR 2021 : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Ikuti langkah selanjutnya dan hantar permohonan.
Jika tiada rekod permohonan, sila Daftar Akaun.
*Langkah akan dikemaskini setelah manual penggunaan dikeluarkan LHDNM
Tarikh Bayaran
Bayaran bantuan ini akan disalurkan sebanyak dua kali ansuran atau dua fasa iaitu fasa 1 dan fasa 2. Menurut info daripada BERNAMA, bayaran pertama akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021.
- Bayaran Fasa 1 BPR 2021: April / Mei 2021
- Bayaran Fasa 2 BPR 2021: September / Oktober 2021
Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau
aduan melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ;
ii. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR:
Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
iv. MoF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.
Boleh lah tu yang layak ikut kategori dan kriteria, mohon bpr 2021. Syukurlah
Geng Borak recently posted…7 Mitos Tentang Durian