mohon isinar kategori 2

ISinar Kategori 2 : Cara Muat Naik Dokumen Sokongan

Pada pencarum KWSP yang memohon pengeluaran i-Sinar Kategori 1 baru-baru ini tetapi tidak lulus, anda boleh mencuba memohon di bawah Kategori 2 iSinar bermula pada 11 Januari 2021.

Berikut adalah maklumat tentang i-Sinar untuk melancarkan permohonan anda. Maklumat terkini iSinar yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa!

Baca: i-Sinar Tanpa Syarat Diluluskan Bermula Mac 2021

Untuk mereka yang tidak lulus iSinar Kategori 1, syarat utama kelulusan iSinar Kategori 2 adalah anda perlu memuat naik dokumen sokongan sebagai bukti pendapatan anda terjejas.

Baca Juga: Kriteria Layak Memohon iSinar

Anda tidak perlu membuat permohonan baharu. Anda hanya perlu memuat naik dokumen sokongan seperti langkah yang ditetapkan.

Cara Betul Muat Naik Dokumen Sokongan

Muat Naik Dokumen Guna Phone

Sebab Dokumen Sokongan Diperlukan?

Secara asasnya, pengeluaran iSinar diluluskan kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan. Jadi dokumen sokongan diperlukan untuk:

  • KELULUSAN AUTOMATIK hanya dapat dibuat jika terdapat pengurangan pendapatan sekurang-kuranganya 30% atau lebih.
  • Jadi, SEMAKAN SECARA MANUAL akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan
  • DOKUMEN SOKONGAN PENTING untuk permohonan dapat diproses selanjutnya

Dokumen Sokongan iSinar Yang Diperlukan:

Permohonan i Sinar kategori 2 mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian; ATAU
  • Bukti pemotongan elaun; DAN / ATAU
  • Tuntutan kerja lebih masa

Jadual Bayaran I Sinar Kategori 2

Semakan status permohonan iSinar kategori 2 dan bayaran adalah seperti berikut:

  • Status permohonan i Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i Sinar kategori 2 anda diluluskan
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda
  • Pembayaran bagi permohonan i Sinar kategori 2 yang lulus akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan

Pencarum Terjejas Tetapi Tiada Dokumen Masih Boleh Memohon iSinar

“Individu yang betul-betul mengalami pendapatan terjejas masih boleh memohon i-Sinar walaupun tiada dokumen sokongan seperti yang ditetapkan sebelum ini” – CEO KWSP

Individu yang mengalami masalah ini perlu mengambil langkah-langkah seperti di bawah:

  • Hadir ke cawangan KWSP berdekatan untuk perbincangan
  • Terbuka untuk bincang dan meneliti keadaan semasa
  • Jelaskan keadaan atau situasi yang melayakkan pemohon mendapatkan bantuan i-Sinar

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan iSinar Kategori 2, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

3 Replies to “ISinar Kategori 2 : Cara Muat Naik Dokumen Sokongan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge