Pemuda Ini Jelaskan Sebab Tinggalkan Atomy Walaupun Dapat Duit Setiap Minggu.
KENAPA ADA ORANG ISLAM YANG MASIH BERJUANG BANTU PENYEBARAN KRISTIAN MELALUI ATOMY?
Ini Sebab SEBENAR Mereka Susah Sangat Untuk Tinggalkan Atomy..
Sebelum ini saya pun menjadi salah seorang yang join & recruit orang masuk Atomy. Saya masuk disebabkan model bisnesnya yang pelik:
“Nak tak join bisnes tak perlu modal, tak perlu menjual, tak perlu pegang stok dan tak perlu maintain bulanan”
Tetapi setelah beberapa bulan…Baru saya dapat tahu yang Atomy ini secara JELAS & NYATA membantu gerakan Kristianisasi.
Bila saya dapat tahu pasal tu… Saya terus stop walaupun saya sebenarnya dapat income setiap minggu dari Atomy.
Ya memang ada yang cakap: “Bukan ke sistem Atomy ni patuh syariah? Pakar agama semua cakap halal!”
Betul!
Tetapi adakah menyokong syarikat yang kita tahu secara JELAS & NYATA terlibat dengan aktiviti Kristianisasi itu harus?
Ini sama seperti pekerjaan ‘pengedar flyers’
Kalau ikut hukum, gaji sebagai ‘pengedar flyers’ itu halal. Tetapi kalau flyers yang kita edarkan itu ‘flyers menyebarkan agama kristian’ kepada anak-anak kita…
Adakah itu masih harus?
Saya tahu, mungkin ada yang cakap… “Mark Zuckerberg pun menyumbang kepada agama Yahudi. Kenapa guna Facebook?” Itu perumpamaan yang salah. Tak boleh compare Facebook dengan Atomy. Sebab dah macam langit dengan bumi.
Pertama, Facebook TIDAK mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memurtadkan manusia. Atomy pula? Mereka mengeluarkan kenyataan rasmi untuk bantu gerakan Kristianisasi.
Kedua, Facebook mempunyai 2.7 BILLION pengguna dan merupakan MEDIUM UTAMA kita untuk berhubung antara satu sama lain. Tetapi 95% kategori produk Atomy pula boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai lain.
“Tapi Atomy ini banyak membantu orang muslim dapat pendapatan… Ramai yang terkesan sebab COVID sekarang dah dapat gaji 4-5 angka sebulan”
Terus terang saya cakap…Ini sebab SEBENAR kenapa ramai ahli Atomy susah untuk stop.
Cuba kalau tak ada sesiapa yang dapat income dari Atomy ni. Saya yakin tidak akan ada seorang pun orang Islam yang pertahankan Atomy bila dapat tahu Atomy bantu gerakan Kristianisasi.
Memang betul saya pun ada dapat income. Tetapi dalam RM500 je seminggu. Cuba kalau saya dapat 5-6 angka sebulan? Mungkin saya juga akan cari semua dalil yang ada untuk menghalalkan income saya.
Maybe inilah ujian terbesar untuk mereka yang mendapat income besar dari Atomy.
Saya doakan anda semua kuat dan dipelihara.
Anyways, sebenarnya ini first time saya buat posting pasal benda yang sedang ‘panas’ dalam sosial media.
Sebab apa?
Sebab saya pernah menyebarkan Atomy sebelum ini.
Dan atas rasa tanggungjawab… Saya terpanggil untuk menyebarkan nasihat supaya lebih ramai orang dapat tahu.
Saya harap kalau anda rasa posting ini bermanfaat. Boleh tekan button share. Mana tahu dengan usaha kita ini dapat memelihara aqidah anak-anak, keluarga dan sahabat handai kita.
Berjuanglah!
Nota: Kalau lah awal-awal dulu ada orang tanya…“Nak tak join bisnes tak perlu modal, tak perlu menjual, tak perlu pegang stok, tak perlu maintain bulanan untuk BANTU KRISTIANKAN orang ramai?”
Anda jawablah sendiri.
Luahan rasa ini dikongsikan oleh Tun Khairi Ariff
Jawapan Oleh Jabatan Mufti Selangor
Rujukan: Boleh refer sini http://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=2425
Jabatan Mufti Selangor sudah menjawab tentang Atomy.
“Dan janganlah kamu bertolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan…
kena join bisnes yang tak meragukan
abam recently posted…Comment on Potongan Seluar Jeans Yang Sesuai Untuk Lelaki by abam
Mark zuckenberg antara penyumbang terbesar kpd organisasi israel..boleh cari sendiri…so?ko dah keluar atomy atas alasan sekian demikian,sila nyahkan diri dari facebook pula