info banjir Malaysia

Cara Guna Aplikasi MyPublicInfoBanjir . App Sediakan Maklumat Lengkap Banjir.

Orang ramai khususnya penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir diminta untuk memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung bencana itu.

Cara Download Aplikasi MyPublicInfoBanjir

Anda boleh memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir di App Store atau Playstore secara percuma.

Tiada pendaftaran diperlukan. Anda boleh terus mendapat info tentang banjir sebaik sahaja anda selesai memuat turun aplikasi ini.

Semakan di aplikasi mendapati antara maklumat yang dipaparkan ialah takungan paras air sungai sama ada ia berada pada tahap bahaya, amaran atau berjaga-jaga selain taburan hujan di kawasan tertentu.

Lebih banyak stesen telemetri hidrologi bakal ditambah pada masa akan datang bagi membolehkan data banjir diakses membabitkan banyak lagi lokaliti khususnya di kawasan kampung.

Aplikasi ini memudahkan pengguna mendapat info dengan lebih terperinci mengenai kawasan yang terlibat dengan banjir dan info-info lain.

Ciri-ciri Aplikasi MyPublic Infobanjir

Aplikasi MyPublic Infobanjir terbahagi kepada 5 bahagian:

  1. Utama
  2. Peta Lokasi
  3. Notifikasi
  4. SOS
  5. Lokasi pilihan ramalan banjir POI

1# UTAMA

Di bahagian ini, pengguna dapat melihat maklumat takungan paras air sungai sama ada tahap itu berbahaya, di paras amaran, berjaga-jaga atau normal.

Untuk melihat paras bacaan air sungai dan taburan hujan di lokasi anda, anda perlu:

  1. pilih simbol tetapan (setting/gear) di bahagian penjuru atas kanan.
  2. Pilih negeri dan lokasi.
  3. kembali semula ke ruangan utama, pada bahagian atas anda dapat melihat maklumat paras air dan taburan hujan di lokasi yang anda pilih.

2# PETA LOKASI

Ciri yang kedua ini membolehkan anda mengetahui aras air di lokasi sekeliling dan lokasi lain. Terdapat 337 lokasi disediakan di sini. Hanya perlu tekan angka yang tertera untuk melihat info mengenai lokasi tersebut.

3# NOTIFIKASI

Notifikasi yang disediakan ialah untuk ramalan banjir, amaran cuaca dan pengumuman umum info banjir. Namun, apabila saya buka ciri ini, tiada sebarang notifikasi di tunjukkan. Mungkin kerana lokasi yang saya sudah tetapkan tidak terlibat dengan banjir atau tiada cuaca buruk.

4# SOS

Untuk memudahkan mangsa banjir meminta bantuan, no telefon kecemasan pihak pertahanan awam disediakan di ruangan SOS ini.

5# Lokasi pilihan ramalan banjir POI

Ciri ini hanya boleh digunakan oleh pengguna yang sudah membuat tetapan POI pada awal tadi. Ia melibatkan pengguna daripada 4 negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Jika anda tidak tetapkan lokasi POI pada awal tadi, anda akan lihat paparan seperti ini sahaja.

Aplikasi ini sedikit rumit kerana terlalu banyak ciri yang disediakan. Ia boleh mengelirukan pengguna dengan pelbagai fungsi yang hampir sama. Contohnya, ciri utama dan juga ciri peta kawasan, kedua-duanya menunjukkan lokasi dan data paras air di sesebuah kawasan.

Selain itu, apabila pengguna sudah masuk ke dalam aplikasi dan langkau dari menetapkan POI, tiada pilihan yang disediakan untuk menetapkan lokasi POI itu kembali.

Anda boleh kongsikan maklumat ini kepada mereka yang sedang berada di kawasan yang terlibat dengan banjir. Semoga dengan memuat turun aplikasi ini dapat membantu mereka mendapatkan bantuan dalam masa yang singkat.

One Reply to “Cara Guna Aplikasi MyPublicInfoBanjir . App Sediakan Maklumat Lengkap Banjir.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge